Assalamu’alaikum WBT…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Keutamaan KEFAHAMAN ke atas semata-mata HAFALAN.
Diriwayatkan, oleh Abu Hurairah r.a, rasullullah s.a.w bersabda mafhumnya: “Manusia itu Laksana barang tambang emas dan perak, mereka yang terbaik dimasa Jahiliy yang terbaik, maka merekalah yang terbaik di masa Islam, apabila memiliki kefahaman(agama).”
Rasullullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Perumpamaan perutusan kepada umat manusia dengan membawa hidayat dan ilmu adalah laksana hujan yang lebat turun ke atas bumi. Ada bahagian tanah yang bersih dan subur; dapat mneyerap air dan menumbuhkan tanam-tanaman serta rerumput yang banyak; ada bahagian tanah yang keras; sehingga dapat menampung air banyak yg berguna untuk manusia minum, bertani dan menyiram tanaman; da nada satu jenis lagi tanah yang tidak dapat menyimpan air dan tidak menumbuhkan pokok-pokok tanaman(tandus). Misalan pertama adalah orang yang mendapat kefahaman ilmu agama. Kedua adalah orang yang belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain. Ketiga adalah orang yang sama sekali tidak ambil peduli terhadap risalah yang aku bawa dan tidak mendapat hidayah ALLAh.” - hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim dr abu hurairah dari abu musa al-ash’ari.
Hadith ke-2 diatas menjelaskan kpd kita bahawa segolongan manusia yang paling tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t mengikut marhalah yang telah disabdakan oleh Rasullullah s.a.w. Golongan yang pertama adalah mereka yang mempunyai ILMU & KEFAHAMAN AGAMA. Ke-2 adalah mereka yang dapat menghafal ilmu-ilmu agama kemudian mengajarkannya kepada orang lain. Dari sudut ini sedarlah kita bahawa orang-orang yang memiliki kefahaman dan pengertian (Ahl Al-Dirayah) adalah lebih utama daripada orang-orang yang hanya sekadar/setakat menghafal sahaja ( ahl –ar-Riwayah). Oleh kerana itu, tidak hairanlah apabila kita melihat daripada GENERASI pertama dan AWAl ISLAM adalah dikalangan mereka yang memiliki ILMU dan KEFAHAMAN daripada mereka yang hanya sekadar menjadi HUFFAZ(penghafal) sahaja. Ianya berbeza dengan kurun ataupun generasi slepasnya dimana para HUFFAZ lebih mendapat tempat dan keutamaan daripada ULAMA’.
Sebenarnya, kita tidak pernah sesekali menolak atau menjatuhkan golongan huffaz. Mari kita lihat dibeberapa sudut sisi yang boelh kita ambil pengajaran dan kesedaran. Para hafiz (huffaz) al-Quran Al-Karim kalau kita lihat didalam masyarakat mendapat tempat yang paling utama dan mulia. Bahkan disisi sesuatu organisasi/kerajaan/ dan dikalangan kaum MUSLIMIN amnya. Tetapi kita lupa Pengiktirafan kepada para PEMIKIR, FAQIH, FAHAM yang kesemuanya mereka ini adalah dikalangan ULAMA’ yang berwibawa menjaga kesucian AGAMA dan mengajarkan tentang selok-belok agama kepada umat manusia seluruhnya. Kita semua sering lupa tentang perkara ini. Adakah kerana kita mula menghayati tarannum dan lagu-lagu ketika mendendangkan AL-QURAN daripada melihat dan mengambil intipati-intipati ajaran islam yang perlu di ISTImBA’ didalam al-QURAN yang memerlukan dari kalangan ULAMA” sebagai contohnya. Kita lupa lagi tentang sesuatu perkara yang penting ini.
Kalau kita lihat juga ujian tilawah al-Quran saban tahun sering diadakan. Pemenang akan diberikan hadiah-hadiah yang lumayan. Pengurusan-pengurusan juga seriang akan diselenggarakan dengan baik. Tetapi hanya apa yang akan kita dapati adalah, hanya mendengar bacaan al-Quran dibacakan. Tiada lagi tentang kupasan-kupasan mengenai ayat-ayat al-Quran dan HUKUM yang mesti ditekankan dan Diamalkan didalam system pentadbiran dan pengurusan bermula dari pengurusan diri sendiri, rumah tangga dan seterusnya diperingkat Negara amnya malahan diperingkat global. Kerana apa, kerana kita lebih takutkan manusia daripada takutkan tuhan. Jadilah al-quran itu sebagai hiasan atau halwa telinga sedangkan al-quran itu tujuan ia diturunkan adalah lebih dari itu. Mungkin ada sedikit sebanyak, tapi masih kurang dan tidak ditekankan. Oleh itu, sedarlah wahai umat ISLAM.
Kerana apa? Kerana penghormatan kita pada para ULAMA’ tidak pernah diberikan malahan disisihkan didalam masyarakat. Kehadiran mereka hanya sekadar syarat terapi yang tidak dominasi tetapi hanya sekadar di pinggiran HATI. Oleh kerana itu pegiktirafan kepada ulama’ yang pakar agama dan mempunyai ketinggian pekerti dari bahagian ilmu-ilmu mereka seperti TAFSIR, HADITH, USUL FIQH, FIQH, AQIDAH mahupun DA”WAH hanya sekadar cukup diberikan sijil dan anugerah-anugerah tahunan tetapi yunjuk ajar dan nasihat-nasihat mereka diletakkan disisi malah dimusuhi kerana kepentingan peribadi dan material yang akan membunuh diri. Sedarilah kita akan perkara ini wahai kaum muslimin. Jangan kita hilang harga diri Dalam AGAMA ISLAM INI. Kembalilah.
Hazli.
Insan kerdil yg sentiasa membaiki DIRI
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment