Assalamu'alaykum W.B.T
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Sedikit sahaja perkongsian buat seisi dunia membaca...mengambil masa sedikit ketika memerhati, mendengar, mentafsir dan muhasabah...
Hipokrit Vs Motivasi...teringat tentang tajuk ni, terus menulis sebelum terlupa... sebab apa, kerana saya ingin ia di "diarikan" dan dikongsikan kebaikannya agar tidak hilang atau tersimpan hana utk diri sendiri sahaja...
ada seorang teman berkata "cubalah engkau berupa ke arah kematangan sikit, engkau tu dah kahwin dan dah nak dapat anak"... "aku tak nak hipokrit pada diri sendir,biarlah aku dengan sikap aku macam ni. aku memang dah macam ni"... ataupun kadang kala kita akan monolog sendiri "kalu sembahyang sorang2 xbuat solat rawatib, kalu sembahyang berjemaah buat pulak solat rawatib. macam hipokrit pulak"...
Inilah yang cuba saya saya nak sampaikan. kita sering tertipu atau terpedaya dengan bisikan syaitan dan kurang tentang kefahaman keutamaan tentang perkara ini. Jika kita dinasihatkan ke arah kebaikan dan kita cuba melestarikannya...kadangkala kita mampu buat dan kadangkala kita tidak terbuat...ini bukan didalam soal yang wajib tetapi didalam soal yang sunat dan keperluan... dan kerana itu jika kita buatnya dengan baik dan terus berazam utk terus dan terus istiqomah maka itu adalah yang baiknya...tetapi sekali sekala kita terlajak atau terbantut seketika dan baru kembali menyegarkannya semula itu buka HIPOKRIT tetapi adalah motivasi dalaman. Jadi, kalu kitaberubah kerana kebaikan yang banyak kerana nasihat maka ia adalah motivasi dan segarnya IMAN kita, jika kita tidak mampu menerima nasihat itu maka sebenarnya kita adalah HIPOKRIT kerana rapuhnya IMAN kita. sedarilah. berubah ke arah kebaikan dan berazam mengekalkanya adalah bukan HIPOKRIT... =)
Penghormatan Vs Kongkongan.
Terdengar perbualan seorang kawan pejabat perempuan yang baru berkahwin " aku pakai tudung pusing-pusing sini dan tuuuut melekat kat tepi atau atas kepala ni supaya bagi nampak cantik. sebab suami aku suka aku pakai tudung macam tu. jadi aku nak bagi suami aku bahagia dan selesa bila melihat aku. kalu ikutkan, susah juga nak pakai tiap2 kali macam tu, yelah kerja macam kita ni mana sempat nak belit"... terdiam seketika saya sambil mentafsir... kalu saya, saya akan katakan saya sangat tersentuh dengan kecantikan kamu kerana tudung kamu itu labuh melebihi paras dadamu. itu adalah ketenangan dan kebahagian bagi saya... Walaubagaimanapun, terpulang pada kefahaman seseorang lelaki itu.
ok, apapun bila dikatakan kita diminta berubah kearah akhlak dan kelakuan yang lebih baik mengikut syariat, dan kita mampu menurutinya kerana FAHAM KERANA ALLAH, maka itu adalah suatu PENGHORMATAN bukan KONGKONGAN...seperti cerita diatas,dia berubah kerana menjaga kasih sayang kekeluargaan dan sanggup BEKORBAN maka ada pahala disisinya...dia tidak pernah menganggap ia adalah suatu kongkongan yang tidak berasas...kerana hari ini ramai mereka yang ingin kebebasan yang melampau hingga menganggap banyk kebaikan yang disuruh agama adalah kongkongan semata-mata...
saya amat tersentuh bila mendengar pengakuan rakan spejabat itu...Namun begitu, perubahan yang dibenarkan didalam islam adalah yang tidak melanggar syariat...jikalaulah seorang suami menyuruh dan memaksa dia mededahkan aurat apa tindakannya?hukumnya? adakah mesti menurutinya? jatuhlah hak suaminya ke atas dirinya utk dituruti kerana ia dalah perkara yang haram...so, ikutlah perkara2 kenaikan sahaja...
selain itu, antara keduanya mestilah saling memahami dan bertoleransi didalam perkara yang dibenarkan selagi mana tidak bercanggah dgn syariat...Bagi seoang lelaki yang baik dalam agamanya dan kefahamannya dan menginginkan kebaikan dan keselesaan pada sisinya, bilamana nasihat-nasihat dan pendapatnya dihargai dan disanjungi oleh seorang isteri selagi mana ia tidak pernah bercanggahan dengan syariat islam malahan mempunyai nilai kebaikan yang tingi disisi maka,ia merupakan suatu penghormatan bagi dirinya kerana nasihat2 dan pendapatnya diterima sbg seorang KETUA(suami) dan SEORANG KEKASIH PENYEJUK HATINYA...inilah adalah suatu yang sangat normal... mungkin yer... bagi seorang wanita yang baik agamanya dan kefahamannya bilamana ia berubah mendengar nasihat2 dan juga mempertahankan pendapat dirinya selagi mana ia tidak bercanggahan sama sekali dengan syariat malahan mempunyai nilai yang tinggi disisi allah, maka ia merupakan suatu PENGORBANAN yang dilakukan kerana allah tetapi tidak pernah dianggap KONGKONGAN... subhanallah, jika fahamnya begini...maka harmoni dan bahagia rumahtangga didunia ini...
belajar memahami erti kehidupan rumahtangga dengan memerhati,mendengar,mentafsir dan muhasabah untk diri sendir nanti... INSYAALLAH...
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment