-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)

Assalamu'alaikum wbt...

Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha penyayang...

Sedikit perkongsian tentang isu yang sangat-sangat panas dalam malaysia... Tentang video seks Dato' Seri Anuar Ibrahim... tapi kenapa yer baru tahun ini "keluar pasaran"...kenapa tidak sebelum ini... Adakah ianya mempunyai konspirasi mereka-mereka tertentu? Wallahu 'alam... Allah Akan sentiasa membenarkan dan membantu mereka yang berada dijalan KEBENARAN... Mereka yang tidak pernah takut akan HUKUM ALLAH dan menyebarkan FITNAH sebelum adanya BUKTI mengikut HUKUM SYAR'I nantikan AZAB ALLAH yang SANGAT DAHSYAT DAN PEDIH... INSAFLAH DAN TAKUTLAH KEOADA ALLAH... kembalilah mereka-mereka yang BERDOSA KE JALAN TAUBAT... - Tulisan dibawah saya 'copy' dari Ustazah MAZNAH DAUD yang beliau minta sebarkan kepada mereka-mereka diluar sana... INI ADALAH TANGGUNGJAWAB YG WAJIB... Wahai manusia marilah kembali kepada Allah S.W.T dgn Hati yang SEJAHTERA...


Kebanyakan warga dunia, khususnya Negara kita yang tercinta Malaysia tentu sudah mengetahui tentang video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.
Beberapa persoalan timbul mengenai video tersebut:
1. Ada vedio pastinya ada pihak yang merakam. Siapa dan untuk apa dia rakam? Orang yang merakam kemungkinan besar berada di tempat kejadian. Seorang makhluk yang bernama Shazryl Eskay Abdullah mengakui bahawa dia pun ada dalam rakaman video tersebut (pada awal klip video) – (Utusan Malaysia, Khamis 24.03.11 bersamaan 19 R.Akhir 1432, muka hadapan). Kenapa dia berada di situ? Adakah dia datang untuk mencegah maksiat itu? Atau untuk merakam? Atau membekalkan pelacur kepada pelanggan? Atau secara kebetulan? Atau untuk mengintip rahsia orang?
2. Kalau secara kebetulan dia terserempak dengan orang yang sedang berzina, maka dia wajib mencegah sebagaimana diperintahkan oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong Hadis yang sangat masyhur bermaksud: “Siapa di antara kamu yang melihat satu kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangan. Kalau tidak berkuasa dengan tangan, cegahlah dengan perkataan. Dan kalau tidak berkuasa dengan perkataan, cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.” Sahih Muslim. Adakah dia telah mencegah dan menasihati kedua-dua pelaku itu?
3. Kalau dia datang untuk mengintip dan mencari rahsia orang, maka dia telah melanggar satu larangan Allah di dalam al-Quran (namanya menunjukkan dia seorang muslim. Dan muslim wajib patuh kepada al-Quran). Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-hujurat:12). Dan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu menjejaki keaiban manusia, kamu telah benar-benar memusnahkan mereka atau hampir-hampir memusnahkan mereak!” Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’iy.
4. Kalau dia mengetahui tentang perbuatan zina yang amat keji itu dan mempunyai saksi yang cukup syarat seramai empat (4) orang, maka mereka hendaklah membawa kes itu ke mahkamah, bukan menghebohkan di media. Kalau tidak ada saksi yang cukup syarat, maka dia wajib menutup mulut (setelah menasihati pelaku) dan tidak menceritakannya kepada sesiapapun. Menghebahkan jenayah zina tanpa saksi yang cukup syarat, maka orang yang menghebahkan itu telah melakukan satu jenayah yang dinamakan qazaf. Hukuman qazaf dinyatakan di dalam al-Quran bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (An-Nur:4). Muslim sepatutnya menutup keaiban saudaranya, bukan mendedahkan. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seolah-olah dia telah menghidupkan seorang bayi yang telah ditanam hidup-hidup dari dalam kuburnya!” Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan an-Nasa’iy. Dan orang yang suka keburukan itu tersebar, apa lagi sengaja menyebarkan kemungkaran dalam kalangan masyarakat, diancam oleh Allah dengan siksa yang amat dahsyat. Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (An-Nur:19)
5. Pihak yang mendedahkan video yang jijik itu mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman video itu. Menurut hukum Islam, pihak yang dituduh melakukan zina itulah yang harus mengeheret penuduh-penuduh itu ke mahkamah, dan makhkamah wajib meminta mereka mengemukakan saksi-saksi yang cukup syarat dan bukti-bukti yang boleh diterima bagi membuktikan dakwaan mereka. Inilah yang menepati saranan Nabi s.a.w. dan diamalkan oleh sahabat radhiallahu’anhum dan diperakui di dalam kitab-kitab fiqh, iaitu keterangan adalah bebanan ke atas orang yang mendakwa dan sumpah ke atas orang yang didakwa.
6. Semua pihak yang tidak terlibat dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa mungkar itu hendaklah berhenti daripada memperkatakannya, terutamanya pihak media. Medialah sebenarnya perantara atau menyebar kemungkaran itu. Kalau bukan media yang menyiarkan, tentunya kita semua tidak mengetahuinya.

Pesanan: yang membaca tulisan ini, tolong sebarkan sehingga sampai kepada pihak yang terlibat agar mereka insaf dan muhasabah diri, takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla Yang Maha Perkasa.
Posted by Maznah Daud


wasalam...


Hazli.

p/s: lama sudah saya tinggalkan blog,FB... menginsafi keterlaluan diri. kembali muhasabah dan membersih diri serta menjaga sopan santun dan keberadaban akhlak yang mulia.
p/s: isu ini yang mengembalikan saya berblogging semula. sangat sensitif dan peka dgn ISU FITNAH yang berleluasa. ALLAH jauhkan aku dr FITNAH...mungkin pernah TERJADI PADAKU ? allahu a'lam...
P/s: aku kembali menjadi student semula mulai jun ini. akan menjalani orentasi di USM pulau pinang. Moga Allah cemerlangkan aku utk habiskan pengajianku ini. Impian diri, continue study sampai liang lahad. ameen. Doakan Saya sahabat-sahabat semua. =)

p/s: Saya mohon berbanyak-banyak kemaafan diatas silap salah saya kepada ntum dan korangkorang semua... maafkan saya jika ada silap salah dan dosa-dosa yang saya lakukan kepada kalian semua samada sengaja atau tidak,secara lansung atau tidak dan samada disedari atau tidak. Moga allah ampunkan saya di atas dosa-dosa saya ke atas kalian. jazakallahu khairan jazak... =) doakan saya Agar dipermudahkan segalanaya... Akan tetap terus BERSABAR dan MENANTI TIKA ITU...

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.