Assalamu'alaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Meluah rasa kesayuan seketika ketika mendapat msj dari adik di Kg... Seorang guru yang pernah membimbing saya ketika membaca Quran dan juga membimbing saya dalam menyampaikan setiap kali KHUTBAH pada raya haji dan puasa... seorang guru yang bnyk memberikan kata2 semangat ketika saya sentiasa belajar... seorang guru yang sentiasa merendah diri dan sentiasa bertandang ke rumah saya setiap kali saya balik bercuti akan saya ingati sentiasa dirinya yang ditaqdirkan oleh ALLAH utk memiliki guru sepertinya... Saat ini membuatkan hati saya tak keruan, terharu dan pilu... bagaikan seorang anak mula merindui kehilangan seorang ayah yang tersayang... Umpama awan yang mula merintih utk menurunkan hujan...dan begitulah hati saya yang mula tersedu mengarahkan mata mengalirkan titisan airmata kesedihan... terkenang seketika kepadanya... Saya Doakan Moga Allah merahmati dirinya dan menempatkan dirinya bersama dengan orang2 yang soleh...diSYURGA sana...KERANA DIA TELAH PERGI SELAMANYA TADI... (T_T)
Sungguh, saya mula teringat dan mula merinduinya saat ini... terkenang sangat jasa2nya pada kami sekeluarga... InsyaAllah akan saya cuba mengambil berat hal2 dan urusan keluargannya semampu kudrat yang saya miliki... Moga Allah sentiasa ingatkan saya tentang soal ini...
Antara ke kenangan yg paling berharga yang saya ingati adalah bagaimana dia sanggup mengamanahkan kepada saya utk menguruskan dan mengajarkan mengaji anak-anak dikg. dirumahnya ketika dia hendak menunaikan haji di MAKKAh...ketika itu saya baru tingkatan 4... berat utk saya menerimanya, tetapi dia begitu mempercayai saya...ke mana sahaja dia pergi, mesti dia teringatkan saya... kadangkala membuat kenduri utk saya...setiap kali saya pulang ketika masih belajar di matrikulasi dan Universiti pasti dia akan memesan dan mengirimkan duit sebagai bekal belanja katanya...sedekah buat orang yg menuntut ilmu... walaupun sekadar RM10... Itulah antara salah seorang guru Quran saya di KG... saya sangat Menyayangi mereka sepenuh hati saya... Kadangkala btul kata orang, apa yang kita ada jarang kita hargai, tetapi bila sudah tiada dan pergi akan kita merasakan kerinduan dan menyayanginya... Tapi Allah lebih sayangkan mereka... amalkan segala ilmu yg mereka ajarkan... Moga Allah melipat gandakan pahala kpd mereka...
begitulah, yang hidup pasti akan mati... Kita semua bersedialah dan berbekallah...
Ya Allah Tempatkanlah Rohnya bersama para solihin, dan Muttaqim... (T_T)
Hazli
13/12/2010
11:16pm
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment