Assalamu'alaikum Wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Entri kali ini sangat simple... actually skrg tgh penat...nak rehat-rehatkan minda... so, nak menulis tentang beberapa perkara yang terfikir, melihat dan mendengar... lagipun nak rehat sekejap lepas dok fikir n buat Master plan untuk Majlis Karisma Selangor nanti... =)
komplek sukan Kelana Jaya.
Lebih kurang kul 5 ptg tadi (12/12/2010) : join riadah utk jiluna dan Ikhwah ikram PJ...so turun sama2 main badminton...bawa adik sekali yang tingkatan 2 tu sekali...maklumlah cuti sekolah umi suh datang sini... xlah dia dok melepak kat rumah...lagipun, kakak dia blh ajar mengaji sepanjang kat sini...bnyk lagi yang tak betul bila baca Quran hermmmmm... oklah, habis2 main badminton.. ada slot tazkirah, so, akhi rizal menyampaikan tazkirah setelah selesai bermain... Tajuknya lebih kurang tentang bakat2 yang ada pada diri kita masing mesti seiringkan dengan islam dan da'wah itu sendiri... jadi sebenarnya kita boleh menyumbang dari pelbagai sudut utk islam... ada yg boleh menyampaikan mesej islam dgn menyanyi, menjadi director, bercakap, blogging, menulis dan apa saja... jadi pesan utk bersama, manfaatkan setiap keudahan dan bakat yang ada pada diri kita utk islam... Allah akan melihat setiap detik usaha kita yang ikhlas untuk menegakkan agamanya... moga allah pilih kita Insyaallah...
Apartment seri Tioman (2), Gombak Setia
Dah banyak kali saya terpandang aneh... kerap kali mata saya tak mengalih pandangan pada DIA... kadang-kadang bila terpandang...muka akan jadi hairan...akal akan terbatas memikirkannya... hati saya sayu tatkala mengenangkannya... hati saya cukup bersyukur kerana disedarkan oleh allah tentang perkara ini...
Ianya tentang sekumpulan kanak-kanak di apartment ini... 1 kumpulan kanak-kanak tu ada lebih krang 8-10 orang...kenakalan mereka memang tidak boleh tergambar dgn kata...kadangkala bergaduh, adakalanya menangis...seringkali kedengaran jeritan-jeritan... kalu mencarut yang tidak baik tu, mungkin tidak keterlaluan kalu saya katakan sangat sinonim atau biasa sangat...dah jadi macam percakapan biasa...Dimana hilangnya AKAL BUDI agama...Dimana terhakisnya akhlak mulia...ke Mana pupus nilai murni yang diajarkan... Subhanallah... Beginikah jika Dunia sudah akhir Zaman...Bnyknya Fitnah... Manusia dah makin mengejar Dunia Siang dan Malam... langsung hilang kepedulian pada akhirat...tempat tinggal yang abadi selamanya...LUPA akan kehidupan selepas ini yang tiada lagi berulangnya kehidupan yang lain seleps itu... pengajaran yang semoga allah tegarkan dan sentiasa pesankan dan bisikkan pada hatiku utk sentiasa menginsafi dan sujud padanya... Moga saban hari dipengakhiran malam-malamku...di pengakhiran sujud-sujudku...dipengakhiran Nyawaku...dipengakhiran hidupku...dipengakhiran keimananku yang telah terbukti hanya utknya... juga dipengakhiran tangisanku kepadanya kerana Takutkannya jua CINTAKANNYA...
Didalam kumpulan kanak-kanak yg ramai tadi tetiba mataku terpandang pada seorang kanak-kanak...yang aneh dari yang lain...memang pelik...dari family yang sama...juga spesis yang sama juga...cuma berlainan bangsa... anak kpd FOREIGNER yang tinggal disni rupanya...dia berkawan dengan kanak=kanak disini...kulitnya gelap, bila terpandang teringat cerita BILAL bin rabah... dari somalia...cukup terserlah kontrasnya...memang tak boleh nak tipu...dia adalah yang terasing...mudah dikenal kerana warna kulitnya sangat menonjol...kadang2 tergelak kecil dibuatnya...mahu tidaknya, sangat fasih berbahasa melayu...dengan caranya bergaduh,menjerit, mencarut...mimik mukanya pun memang sebijik/sejibik melayu...cuma warna kulitnya,sekali saya katakan memang xboleh nak tipu punyer... tapi itulah hakikat, dia telah membesar bersama dgn kanak-kanak melayu... saya bertanya pada kakak,along pernah tgok tak sorang anak foregner yg bergaul dgn bdk2 melayu tu...along ajawab,dah biasa dah...memang dia dari kecik hingga besar memang berkawan dgn anak-anak melayu disini... betul, sekali saya memerhatikan gerka gerinya membuatkan saya terpanar/ terkesima/kelu tanpa bunyi =)...dalam hati,bersyukur padamu ya allah memberi aku faham tentang suatu perkara ini...
Apakah itu, Pengaruh yang besar pada anak-anak adalah persekitaran yang tempatnya membesar...Jika tidak dididik dgn baik/ diasuh dgn persekitan atau biah yang mulia...tunggulah akan kerosakan anak-anak jika ibubapa mengabaikannya...Hatta persekitaran sekolah sekalipun...YA Allah cabarannya dalam mendidik Anak-anak dan Remaja pada Dunia akhir ini... , binalah dari awal tentang biah anak2 dgn persekitaran yang baik iaitu libatkanlah dia dgn kawan2 yg soleh iaitu dar jamaah yang baik...Moga akan terbimbing hati dan akhlaknya nanti...Subhanallah...Ingatkan Aku ya ALLAh nanti...Sedarkan aku ya Allah nanti...berkatilah aku ya Allah nanti... (T_T)...
sekian,,,
Hazli
12/12/2101
11:40pm...
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment