-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)

Perkongsian dari sahabat lama(SYAHID)

Dengan nama Allah yang maha Pemurah.

Agama, satu mitos khayalan atau kebenaran akal? Satu persoalan yang sudah lama ingin diutarakan kepada semua sahabat. Perkara ini dah lama ingin dinukilkan untuk difikirkan tetapi tidak berkesempatan. Tetapi setelah melihat penyakit yang makin berat dihinggapi oleh masyarakat Islam kini, aku menulis juga sekurang-kurangnya untuk sahabat yang membaca.

Islam yang kita anuti adalah satu agama yang terindah dan tiada yang sempurna melainkan Islam. Kesempurnaan ini makin terserlah apabila Islam menyuruh dan mewajibkan manusia menggunakan akal. Tetapi makin dekat aku dengan masayarakat melalui media, pergaulan dan pendedahan, dapat aku rumuskan masayarakat Islam kebanyakannya menjadikan Islam sebagai satu mitos khayalan. Kenapa?

Masyarakat Islam kita telah memenuhi isi kandungan Islam dengan perkara-perkara kahayalan dan mitos. Ini menyebabkan keindahan Islam yang berpaksikan Dalil dari Qur'an, Sunnah hilang. Islam kini hanyalah agama khayalan ummat kita di zaman ini dan berbeda dengan Islam yang dianuti dan diamalkan oleh para salafussoleh.

Apakah kahayalan dan mitos yang dimuatkan dalam Islam? Mitos dan kahayalan ini adalah mitos dan khayalan "hantu", "rasukan" dan "kuasa jin". Sebelum aku pergi jauh, ingin aku jelaskan beberapa perkara. Pertama, tiada siapa dapat menafikan kewujudan jin kerana Allah dengan jelas menceritakan penciptaan dan kewujudan jin. Malah terdapat surah yang khas diberi nama Jin mengisahkan jin-jin yang mendengar bacaan Al-Qur'an. Tetapi aku akan mempersoalkan "kuasa jin" yang ditakuti manusia. Dan aku akan persoalkan mampukan jin "merasuk" manusia?

Kedua, tiada siapa yang dapat menyangkal adanya sihir yang jika dengan izin Allah akan memberi kesan buruk pada manusia. Ini jelas dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Tetapi aku persoalkan adakah sihir itu ada dengan sendirinya atau ia hanya memberi kesan dengan adanya izin dan Allah pemilik seluruh kekuasaan?

Mitos dan khayalan tentang perkara-perkara ini terlampau hebat hinggakan ummat Islam kita lebih sibuk tentang perkara ini dari perjuangan menegakkan Islam dan mengukuhkan keadaan Ummat Islam. Aku teringat ketika dunia mula-mula diserang kejatuhan ekonomi tahun 2008. Sebuah rancangan Islam di TV boleh bercerita tentang "rasuk" dan "saka" selama 2 minggu berturut sedangkan berjuta manusia kehilangan harta dan hilang hala tuju akibat kejatuhan ekonomi. Lihatlah ketaksuban yang melampau hinggakan yang mitos dijadikan keutamaan sedangkan yang fakta dibiarkan ketepi. Inikah bangsa yang akan berhadapan dengan Yahudi Israel yang membunuh seribu ummat Islam Palastin saban bulan?

Aku tidak akan mengeluarkan fatwa atau pandangan. Malah aku tidak mengajak semua untuk berpegang dengan pendapat yang aku pegangi. Tetapi aku ingin semua berfikir dan keluar dari kokongan "mengikut membabi buta tanpa hujah" atau Taqlid. Pertama, benarkah wujudnya hantu? Jika ada, dimana mereka? Jika mereka adalah makhluk ghaib dimana dalam Al-Qur'an atau Al-Sunnah yang menceritakan tentang hantu? Hanya ada 2 sumber utama bagi ummat Islam. Pertama sumber naqli atau sumber wahyu iaitu Qur'an dan Sunnah. Bagi semua perkara ghaib, ummat Islam hanya boleh percaya jika ianya ada di dalam Qur'an atau Sunnah. Jika tiada, kita akan menolak isu tersebut. Sumber kedua adalah dalil Aqli atau akal yang berpandukan Qur'an dan Sunnah, Sunnatullah (atau ketetapan Allah) dan yang berpandukan kajian. Apa yang penting, hantu tidak pernah wujud dalam mana-mana surah ataupun hadith. Jadi siapa Hantu? Kita sendiri kot.

Kedua, sejauh mana sihir itu berkuasa dan pentingkah ia hinggakan ianya wajib dijadikan keutamaan hinggakan masalah-masalah ummat seperti isu aqidah, Ibadah, masyarakat, kenegaraan/khilafiyyah dan dunia (ummat Islan dan bukan Islam) diketepikan? Dalam Al-Qura'n sendiri apabila Allah menceritakan sihir yang digunakan untuk memisahkan suami isteri, Allah menerangkan ianya hanya terjadi jika Allah mengizinkan. Kedua, Allah mengajar doa seperti dalam surah Al-Falaq untuk dijauhkan dari sihir. Jadi, kesimpulannya ialah sihir tidak terjadi jika Allah tidak mengizinkan dan jika ianya terjadi atas kita, hanya kepada Allah kita memohon untuk disembuhkan. So, kenapa sibuk nak jumpa dukun, bomoh, atau pawang? Kenapa tidak diambil tikar dan tunaikan solat 2 rakaat dan memohon dengan bersungguh-sungguh pada Allah? Kenapa tidak pergi ke masjid untuk berjemaah dan memohon dirumah Allah?

Ini tidak, sampai kena pergi menuntut kalau nak buang sihir. Tak pernah dalam zaman sahabat Nabi maupun ulama salafussoleh pergi menuntut ilmu nak buang sihir. Apakah ayat-ayat Allah tidak cukup? Adakah kita hendak mengatakan pawang atau tok guru itu lebih hebat. Aku tidak mengatakan tidak boleh meminta ustaz untuk mendoakan kebaikan kita. Tapi adalah salah kita meletak harap pada ustaz tapi kita tiada keyakinan dan harapan pada Allah kerana kita tidak meminta sendiri pada Allah. Kita suruh ustaz jampi itu dan ini, doa itu dan ini, tapi kita bali tidur tak solat. Kalau solat pun kita baca doa ustaz bagi dan bukan doa yang Allah dan RasulNya berikan. Siapa yang lebih tahu. Ustaz atau Allah?

Akhir sekali, masalah jin. Di sini ada 2 isu. Pertama kuasa jin. Ummat Islam takut yang teramat dengan apa yang dikatakan kuasa jin. Sampai bermacam-macam larangan dicipta untuk mengelak dari kuasa-kuasa jin. Jika jin itu berkuasa, kenapa tiada dalam Al-Qur'an atau Sunnah diceritakan kekuasaan jin? Kalau bahaya sangat kuasa jin, kenapa Allah tidak memberi amaran pada manusia? Yang ada Allah cuma memberi amaran dari bisikan-bisikan syaitan yang terdiri daripada manusia dan jin yang mengajak kita melakukan perkara haram. So, mana datangnya kuasa-kuasa jin ni? Allah memberi kuasa kepada siapa yang dikehendaki, tetapi Allah dah kata siap-siap, Allah memuliakan keturunan Adam dari segala keturunan. Bukannya jin. Seharusnya mereka yang hormat pada kita dengan izin Allah dan bukannya kita takut pada mereka.

Kedua, masalah rasuk. Dalam isu ini aku lebih berpegang dengan pendapat Sheikh Muhammad Al-Ghazali, guru kepada Sheikh Qaradhawi dan seorang pejuang Islam dalam lapangan Dakwah dan Siyasah. Beliau menolak adanya rasukan jin. Perkara ini menjadi Khilaf para ilmuan dan aku tidak berminat hendak berdebat jauh. Tapi soalan yang dilontarkan oleh Sheikh Ghazali ingin aku lontarkan kepada semua. Kenapa jin sibuk rasuk orang Islam tapi bukan orang bukan Islam? Jika jin boleh merasuk, kenapa tidak dirasuk semua? Kenapa hanya segelintir? Jika dikatakan mereka lemah, ramai lagi yang lemah. Baik rasuk semua dan buat tentera rasukan. Bodohnya jin hanya merasuk seorang dua kemudian tinggalkan begitu sahaja. Penerangan dan hujah beliau boleh dilihat dalam buku beliau bertajuk baina Ahlul Fiqh wa Ahlul Hadith (di antara Ahli Fiqh dan Ahli Hadith). Histeria yang dikatakan rasukan telah terbukti kini oleh pakar perubatan yang mengkaji bahawa ianya berpunca samaada dari serangan virus pada saraf berhubung dengan otak atau permasalahan saraf akibat dari ketegangan yang disebabkan oleh stress atau tekanan yang tinggi. So, di mana jin-jin tersebut?

Wahai ummat Islam. Fikirkan. Masih banyak perkara yang wajib dan patut kita sibukkan dari sibuk dengan perkara-perkara mitos dan khayalan ini. Aqidah, rasuah, penindasan, perpecahan, kemiskinan etc lebih wajib kita utamakan dari perkara-perkara mitos ini.

Hanya Allah yang mengetahui.

0 comments:

Post a Comment

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.