Assalamu'alaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
AL-Quran adalah petunjuk insan sepanjang zaman. Bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran dan pembelajaran. didalamnya penuh hikmah dan Ilmu yang memberkati seluruh hidup manusia. Kenapa manusia tidak pernah berusaha untuk mentadabburnya dan memahaminya. cukupkah sekadar didendangkan dalam bentuk tarannum atau hiasan diatas para. Sesungguhnya, mereka itu adalah orang yang rugi. rugi hidupnya Dunia akhirat... Lihat hari ini, kenapa kejahatan begitu melata di atas muka bumi allah ini? kerana manusia degil dan tidak ingin mengambil pedoman diatas mukjizat besar ini... buat bekalan di sepanjang bekalan. "kitan itu(al-Quran) tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa" (2:2)
Teringat saya semalam, Ketika Cinta Berusrah... ada sedikit sebanyak ikhwah menyentuh sedikit tetang mukjizat al-Quran. Jadi kami berbincang dengan panjang lebar... merenung dalam aku jauh ke DASAR HATi... merungkai persoalan diri dan menangis membisu ke dalam diri... insaf aku TIKA ITU... Naqib saya berkata "alhamdulillah, ana dulu khatam al-Quran seawal umur 10 tahun. Kini alhamdulillah, anak ana yang sulung dah khatam al-Quran seawal usia 7 tahun. subhanallah, maksudnya anaknya dah boleh membaca al-Quran sendiri...setiap hari selepas solat MAHGRIB ana akan pastikan ana akan memunyai masa mengajar anank-anak membaca al-Quran dgn ana sendiri...aku merenung dalam, ramai ibubapa hari ini yang menghantar anak-anak mengaji diluar... dimanakah tanggungjawab seorang ayah dan kasih sayang seorang ayah dalam mengajarkan agama kepada ISTERi dan ANAK-ANAK? nilai yang tinggi buat diriku...
ada rakan seusrah saya menjawab,ana pun sudah seawal usia yang muda ayah sudah mengajar membaca al-quran dgn baik...ana sudah menghafal quran lebih kurang 10 juzuk... allahu akbar, aku baru beberapa juzuk itupun bnyk yang terlupa kerana jarang sangat tasmi' pd kawan2...kini kerap didalam usrah, alhamdulillah...Niat sangat hati ini nak jadi "hafizul Quran" insyaallah(pekenankanlah ya ALLAH) akan aku usahakan... tetiba buak aku terfikir, dgn kesibukkan aku yang 'terlalu ni,bagaimana aku nak menguruskan masa mengajarkan agama dan mentarbiah zuriatku nanti...tibul kemurnian cinta dan kasih didalam hati seketika dengan keazaman yang tinggi,tekad hati,IlTIZAM diri TIKA ITU juga... kerana aku mengimpikan zuriat-zuriatku yang mampu menjadi jauh lebih baik dariku...yang akan Mujahid,Mujahidah dijalan INI...akan aku terus berbangga dan bahagia kerana aku tinggalkan meraka menjadi hambamu yang akan mengembangkan agamamu ini... Moga aku sempat melihat saat itu...
sekalipun begitu, semuanya bermula perubahan dari diriku sendiri dan aku tawakkalkan segalanya kepadamu ya ALLAH dengan segala daya usahaku bermula dari aku memilih calon ISTERIKU... Moga engkau permudahkanlah segala urusan hambamu ini hingga nafasku berhenti...berhentinya ia didalam dakapan CINTAMU YANg AGUNG... padamulah aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga... =) terima kasih kepada abah kerana menjagaku sebegini rupa.
hazli
6:18pm
p/s:segalanya bermula dari diriku sekarang.
p/s:tanamkan sifat mentarbiah,mengajar,mengasuh,membelai anak-anak tetang agama. Tanggungjawab dan amanah yang berat buat SEORANG SUAMI & AYAH. Moga aku mampu lakukannya nanti insyallah. ameen.
p/s:kepada kamu yang singgah membaca, DOAKAN SAYA. jazakallahu khairan jazak. =)
Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ya allah, betapa beratnya ujianmu...tersimbah jua kepada diriku...terduduk dan terkesima aku seketika...lesu bisu tanpa kata dan bicara...mengalir jernih manik-manik mutiara kesedihan...hatiku tak keruan ketika menatap wajahnya...ku simpan rasa HATI,ku cuba tabur BUDI dan Semangat, walaupun tatkala TIKA ITU aku sangat lemah didepannya...Bagaimana aku nak ubatinya...ku capai hanset berkongsi bersama teman-teman seusrah, kami cari jalan yang terbaik...aliran DOA dari hatiku tidak putus-putus...inikah UJIAN YA ALLAh... mencari MAKNA UJIAN AKU SEKETIKA...membelek buku dan nota tentang ujian...membuka tafsir al-Quran aku seketika ...mendalaminya...apa yang harus aku perbuat... Ya Alllah sungguh besar ia ya allah... aku melihat ayat ini dari sudut hatiku
"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekeurangan harta, jiwa dab buah-buahan. Dan sampaikan BERITA GEMBIRA kpd ORANG-ORANG yg SABAR. (2:155)
Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa inna ilaihirajiun' (sesungguhnya kami milik Allah dan kpdnya kami kembali. (2:156)
"mereka itulah yang memperoleh AMPUNAN dan RAHMAT dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mandapat petunjuk". (2:157)
p/s: HIKMAH yang ALLAH JANJIKAN
1. Ia sebenranya adalah BERITA GEMBIRA bagi orang BERIMAN & BERSABAR.
2. ALLAH BAGi KEAMPUNAN- ini adalah nikmat yang hebat, nimat diampunkan OLEH RAJA SEGALA RAJA... SUBHANALLAH, MESTi YAQIN.
3. Allah anugerah RAHMAT- Tiada sesuatu makhluk pun mampu memeri nikmat RAHMAt ini.
4. Akhirnya, ALLAH iktiraf mereka Sbg manusia yg mendapat PETUNJUK...
Akhirnya, Kini aku sangat-sangat gembira bagi pihaknya... Moga Engkau TETAP TSBAT, TABAH, SABAR... ALLAH dah sediakan HADIAH-HADIAh yang LUMAYAN untukmu SAHABATKU... (T_T) ... mentafsir lagu ini buatku sendiri...
UJIAN RAHMAT.
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu