Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamua'alaikum wbt...
Bersyukur Pada Allah yang sentiasa mengajar dan mendidikku...Tatkala ini aku berdepan lagi Ujian yang diberinya padaku...Aku masih mampu tersenyum mekar walaupun semalam menjadi suatu malam yang bersejarah ketika mana aku mendapat msj dari seorang ustaz...tepat 15 sya'ban/26 ogaos 2010 ...Alhamdulillah aku tetap yaqin dgn qada' & qadar dari allah...Moga allah membariskan aku dikalangan orang yang tabah dan sabar...Kerana aku tetap Yaqin dgn janjinya...menetapkan ketentuan yang baik buat yang selayaknya untukku nanti...
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Kalau aku mampu menjaga hatiku hingga umurku menjangkau 25 tahun, kenapa aku tidak mampu bersabar menunggu sedikit masa lagi menunggu pilihan buatku...walaupun aku berdepan dengan bnyk mehnah godaan dan fitnah yang terpaksa aku tepis hari ke hari dalam hidupku semata2 ingin menjaga sekeping hati ini agar tulus suci...buat yang halal anugerah darinya...untuk menyerahkan rasa cinta yang terpendam dalam dan lama buat bakal isteri yang tidak pernah aku tahu siapa pilihannya utkku... Dan aku Yaqin dengan jalan yang ini...aku tidak pernah gusar dan bersedih...apatah lagi kecewa...Tatkala aku mendengar suatu arahan dari kepimpinan supaya urusan BM diuruskan oleh mereka yang dipilih, aku Sami'na wa ata'na...aku belajar utk mendengar dan patuh arahan jamaah...supaya inilah buktinya keberadaban aku pada jamaah yang aku fahami dan beriman dgnnya selagi ianya adalah tidak menyanggahi sama sekali Al-Quran dan As-sunnah...walaupun dalam masa ini aku mempunyai banyak pilihan dan cadangan... alhamdulillah...syukur,allah memberi faham kepadaku tentang urusan ini...
Terkadang aku terfikir tentang suatu perkara ini...Ramai orang apabila melihat cerita KCB ini, terus ingin menjadi seperti watak utama...terus mencari kondisi agar perjalanannya adalah sama...mungkin ada baiknya kerana terpengaruh dgn watak dan akhlak sebegitu sehingga kalu boleh hidupnya juga akan jadi begitu,termotivasi... Tapi tidak bagiku...Fikrahku tidak sebegitu...aku adalah aku...yang sentiasa tidak menjadikan sesuatu itu sabagai sandaran dasar...tidak ingin terpengaruh dgn hawa nafsu...jujurnya biarlah ia akan tersemat indah didalam hatiku....
Aku mesti jadi yang terbaik buat bakal keluargaku nanti...akulah yang akan memimpin mereka sebaiknya...menjaga setiap inci akhlak,adab dan rasa hormat agar aku menjadi qudwah utk mereka...kerana aku adalah pemimpin...Agar Ibadahku,akhlakku,bicaraku,perbuatanku,fikrahku akan memayungi mereka...Aku sunggguh terhutang Budi padaMU YA ALLAH...Moga Aku menjadi hamba yang soleh dan musleh disisimu...Ameen...
Teringat lagu ini, cukup menyentuh hati lelaki ini...Moga segalanya baik buatku juga buat Semua...Aku Berdoa utk kebahagiaan kita semua...
Perantau
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu
Di waktu ujian badai terus melanda
[ Perantau lyric found on www.lirik.my ]
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang
Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah
p/w:Ujian itu datang tanpa diminta,moga allah permudahkan utk melaluinya...doa agar dia setanding iman kita...
p/w: oh pejuang, dimana pun ada ketenangan, dimana pun ada kebahgiaan...
hazli =)
BM PJ
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment