Bismillahi Ar-Rahman Ar-Arahim... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Dengan izin Allah dapatlah Saya mencoret buah hati yang semakin ranum buat santapan Roh diri Sendiri dan malahan jua buat pengunjung setia... Saya mengambil kesempatan ini setelah pulang ke Daerah ini semula setelah terpanggil untuk memenuhi tuntutan ibadah kepada allah...
Saya cuba memilih tajuk diatas kerana setelah mendapat email seorang sahabat lama dalam berkongsi pendapat... Setelah itu, saya cuba membawa apa yang saya rasai dari hati sendiri mengenai tajuk diatas walaupun mempunyai masa yang agak singkat utk menulis...saya cuba walaupun sesingkat ini Insyaallah...Alhamdulillah...
Nukilan kali ini berkisar kes pada lbh krg sebulan yang lalu apabila seorang laki-laki mecederakan isterinya dengan menyimbah asid hanya kerana isterinya menolak kinginan suami untuk melakukan hubungan intim. Isteri telah memberikan alasan kurang sihat dan lelaki tersebut terus mengambil tindakan zalim dengan mencederakan isterinya.
Kisah yang sama pernah berlaku tetapi isteri pula yang menyimbah asid ke atas suami yang tidak menunaikan tanggungjawab penuh sebagai suami dan dalam masa yang sama si suami ingin berkahwin dua.
Kedua-dua kes adalah sesuatu yang amat menyedihkan yang seharusnya tidak terjadi pada sebuah keluarga Islam. Sebuah keluarga yang seharusnya berlandaskan ajaran Islam yang menyuruh seisi keluarga melayan warga keluarga yang lain dengan penuh kasih sayang. Mari kita lihat kes yang pertama dahulu untuk kita pelajari darinya apakah kesalahan yang wujud di dalam kes tersebut.
Nabi bersabda diriwayatkan dari Jabir: “Takutlah Allah (wahai lelaki) mengenai wanita! Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai isteri) atas jaminan Allah dan perhubungan dengan mereka dijadikan halal kepada kamu atas kalimah Allah.” (riwayat Imam Muslim). Penuhi hak mereka dan berlaku adil ke atas mereka. Bagi wanita, jangan sangka bahawa hak kamu sahaja yang wajib dipenuhi. Suami kamu punyai hak mereka yang wajib dipenuhi. Allah lebih mengetahui.
Suami Isteri itu bagi saya Umpama Siang Dan Malam... Tidak akan dikenal Siang tanpa adanya malam...tidak akan ada maksudnya malam tanpa adanya perkataan siang...begitulah juga suami isteri...tidak akan digelar Suami tanpa adanya isteri... Indahnya malam bila direnungi ni'matnya siang...dihargainya siang bila adanya cintanya pada malam...indahnya hidup bagi seorang suami bila adanya seorang isteri yang dicintai disisi...Dihargainya hidup bagi seorang isteri bila ada suami yang menyintai sepenuh hati...waktu siang itu mempunyai segala macam anugerah dr allah yang pasti tidak terdapat pada waktu malam,bergitulah sebaliknya andai dihayati & direnungi...begitu juga suami & isteri...'alam mereka berbeza,emosi mereka berbeza,sebahagian fitrah mereka juga berbeza,sebahagian hukum tuhan keatas mereka juga berbeza...itulah puncanya allah menjadikan mereka fitrahnya berpasangan...hanya satu penyelesaiannya adalah hidup sebagai suami isteri...suami itu fitrahnya melindungi & bertanggungjawab,manakala isteri itu,fitrahnya ingin dikasihi dihati suami & Taat...Subhanallah,inilah syurga Dunia jika diingati dan diikuti ajaran Agama allah...Suami isteri itu hidupnya saling menyintai,saling berkorban,saling bertanggungjawab dan saling menasihati kerana Allah...saling merindui seperti Muhammad merindui Khadijah...saling berkorban seperti Ali dan Fatimah...Saling menghormati seperti Nabi Sulaiman a.s Dan Balqis...Saling mengingati seperti Adam dan Hawa...Mengapa begitu ni'mat yang alah anugerahkan buat Suami isteri dinodai dan dicemari oleh nafsu dihati yang merosakkan diri...Mengapa begitu tidak disyukuri anugerah insan yang menjadi teman diri dibumi untuk kasih mengasihi...Mengapa begitu...dan mengapa sentiasa jadi begitu...sunggguh menggusarkan dan mengharukan wahai manusia...
Jikalau melihat kepada realiti kehidupan diatas,apakah puncanya...apakah sebabnya... saya melihat ianya dari sudut 'Ilmu & Iman...Ilmu itu penyuluh kehidupan...ia adalah seperti kompas menunjukkan arah kiblat...ia seperti streng kereta utk mengawal sesebuah kereta...ia juga umpama jantung yang mengawal aliran darah keseluruh badan...sangat penting!!...Jika Dibina sesebuah keluarga itu tanpa ikutan Ar-Rasul,maka terbinalah keluarga itu seperti keluarga2 yang lain...mungkin seperti keluarga kuffar,mungin seperti keluarga asli peribumi yang hidup tiada matlamat dan tujuan akhir utk menuju allah...'Ilmu itu adalah utk membina peribadi sendiri dahulu,untuk menjadi muslim ideal @ muslim sejati...ilmu utk membina orang lain iaitu keluarga menanti...sungguh,semuanya telah ditunjuki oleh rasul Allah,Muhammad S.A.W... tuntutlah ilmu...saya melihat,dimana-mana sahaja samada dikampung-kampung @ dibandar-bandar, masyarakat sekarang sangat tidak menitikberatkan ilmu agama...
Soalnya Iman itu jika diusahakan mencari ilmu dan mempelajari ilmu agama,akan lahirlah keimanan didalam diri...diusahakan untuk terus beramal dan hidup dgn penuh dgn rasa harap dan takut pada Allah...sentiasa berdoa pada allah...berdoa dan tersu berdoa...
akhir kalam utk kesempatan yg sesingkat ini,marilah kita sama-sama mebina sebuat keluarga yang berlandaskan islam,menjadikan keluarga rasulullah sbg ikutan...dan bertawakkal pada allah tentang generasi pewaris supaya dijaga oleh allah ta'ala...
AKHIR SEKALI, ramai orang/manusia tidak sedar tentang suatu perkara ini...untuk menjadikan sesebuah keluarga itu penuh dgn Sakinah,Mawaddah & rahmah...bergabunglah dgn JAMAAH ISLAM utk melakukan Da'wah...Insyaallah Allah Akan terus menjaga Zuriat keturunan kita jikalau kita berkerja dgn Ikhlas & bersungguh-sungguh kerana Agama Allah...Yaqinilah didalam sanubari...
P/w: Berusahalah wahai kawan-kawanku...terus berusaha...antara Sifat suami itu adalah bertanggungjawab, oleh itu,allah ingin mnegujimu dgn menyuruh engkau bersabar dalam mengumpulkan mahar & belanja...Jikalau tidak lepas,mcm mana nak menjaga seisi keluargamu nanti... =)... buat teman-teman Rumah Al-Muslim...
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment