"dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kpd dua ibu Bapanya"
(al-ankabut:8)
"Diriwayatkan drpd abdullah bin masud r.a, katanya: "saya telah bertanya kpd nabi s.a.w: amalan manakah yg paling disukai allah?" baginda menjawab "sembahyang dlm waktunya". beliau bertanya lagi: "kemudian amalan apakah lagi?". baginda s.a.w menjawab: "berbakti kpd kedua ibu bapa".... hingga akhir hadith - diriwayatkan oleh Al-Bukhari....
Alhamdulillah, kedua orang tuaku masih diizinkan allah utk melihat anak2nya membesar..
kesyukuran yang tidak terhingga kerana memiliki mereka berdua, terima kasih diatas kurniaanmu ya Allah... Akanku terus berdoa padamu supaya menempatkan ummi & abahku ditempat yang mulia, diampuni segala dosa-dosanya yang lalu...
Ramai ibubapa hari ini diabaikan oleh anak-anak mereka. mereka dihantar kerumah orang tua kerana anak-anak mereka sibuk dgn urusan kerja. mereka memberi alasan yang orang tua ni cerewet,ketinggalan zaman malahan ada yang nyanyuk... tetapi sedarkah mereka ketika mereka masih kcil, mereka diasuh dimanja dan dimanja bagai menatang minyak yang penuh...
ibubapanya tidak pernah mengeluh dan menuturkan rasa penat menjaga dan membesarkan anank-anak mereka...terkadang dikejutkan hingga pukul 2 & 3pagi kerana merengek diminta ditukarkan lampin ataupun demam,menangis kerana lapar dan minta diberi perhatian...semua itu disambut dgn senyuman oleh sang ayah dan ibu..
terkadang dilihat juga dipasar raya, anak-anak kecil yang menangis dan merajuk kerana tidak dibelikan mainan,ibubapa terpaksa bersabar dan menahan malu...tetapi tetap disambut dgn senyuman...kadang kala terlihat anak-anak kecil memukul-mukul ibu minta dibelikan makanan kegemaran...semua itu sinonim dgn kehidupan anak-anak kecil..lebih menghairankan kenapa ibubapa boleh menahan sabar dan hanya mengharapkan anak-anaknya membesar dgn baik dan sempurna meskipun dirinya terabai...betapa mulianya mereka yang bergelar ayah dan ibu...
kadang-kadang aku juga melihat situasi antara anak dan ayahibu di hospital-hospital...ramai dr kalangan orang bukan islam yang sangat perihatin kpd ibu bapa mereka...mereka membawa dan mengahantar kedua ibi bapa yang sakit ke hospital utk mendapatkan rawatan...kadang-kadang aku terfikir, betapa bagusnya mereka melayan ibubapa mereka yang sudah uzur dan nyanyuk...pernah sekali aku melihat seorang anak dr keturunan cina membawa ibunya ke bilik x-ray kerana kakinya bernanah dgn teruk hingga berdarah bersemburan...baunya juga amat meloyakan dan busuk...aku memakai "mask" menjalankan kerjaku, sedangkan anaknya tenang senyum memandang ibunya tapnpa memakai penutup hidung... seketika aku berfikir,sungguh hebat anak ini...
sedari itu ia terus menjadi pengajaran yang terbesar buatku utk menunjangkan dalam diri supaya lebih kukuh dan terpatri utk aku menghargai setiap pengorbanan ke dua orang tuaku...terus mengingati mereka dam mendoakan mereka... mahupun begitu, sbg seorang lelaki yang akan menjadi suami, kebajikan mertua adalah setara dgn ayah dan ibu... apa yang layak dilakukan oleh kedua ibubapa kita, selayaknya mertua kita juga pasti mendapatnya...ini kerana ia adalah datuk kepada anak-anak kita juga ayah dan ibu kepada isteri kita... wahai insan, sedarilah hakikat kehidupan ini...nun disana masih jauh ujian dan dugaan hidup yang mananti...sayaitan tidak pernah berdiam diri utk menghanyutkan setiap manusia... "erti hidup itu utk Menghargai" itulah kehidupan insan mulia...
p/s: "erti hidup utk menghargai"
P/s: balajarlah daripda melihat kehidupan.
The Last Meeting Theory
-
Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan
jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang
sama? Umpa...
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment