-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Baru Post...

Alhamdulillah sangat-sangat nak menulis tentang tajuk yang satu ini...Suatu 'ibrah yang Aku Rasai Amat bermakna Allah mengajar Dan Mentarbiahku ebegini rupa..Aku Faham, Aku Rasai...Aku Insafi...Dan Aku akan kembali kpd diriku yang Asal...Tak mahu menjaga hati oarang lain kerana perkara sia-sia...lebih utamakan Haq Allah dlm segala hal tanpa cicirkan muamalah dgn manusia... akan menjadi seperti batu karang dilautan yang tak akan goyah dan tumbang oleh badai walaupun dimana aku berada...kerana Aku yaqini setiap apa yang berlaku ini akan ada hari penghitungnya...tetap ada Akhirat... Akanku terus berpegang pada Tunjang pegangan yang aku pertahankan selama ini dan semakin roboh oleh Kelalaian diriku sendiri...Kini aku Sedar adan Aku terjaga semula...Aku mesti tabah menjaganya Kembali...


Ada Kisah Yang ingin dikongsikan...dah lama dah tp baru nak post... terimalah Seadanya yer... =)

Alkisahhhhhh....TAYYIBBBBB.....

Alhamdulillah...setelah pulang dari makan malam MARS(malam Amal Raudatus Sakinah) di Shah Alam, pulang dgn perut Yang penuh dan hati yang Gembira tak terkata...Dapat melihat kesungguhan semua tetamu yang hadir yang asyik dan sentiasa memperkatakan tentang Lelaki aDalah Pelindung Wanita ( TEMA MAKAN MALAM)... begitu jelas dan terang semangat semua tetamu ingin mempertahankan makhluq allah bernama Wanita...Mungkin baru Dirasai tatkala diHIGLIGHTkan Tajuk ini...Baru dirasai 'iZZAHNya Lelaki SBG Pelindung...Alhamdulillah...Sungguh, aku dapat merasakan begitu jujur dan tulusnya hati mak cik-mak cik dalam menjaga,mentarbiah,mengasuh dan mengajar remaja puteri yang "Masih Belum Temui Jalan Pulang"...begitu hebat mereka menyingsing lengan dan bermandi keringat dalam menjalankan kewajipan sesama muslim,ajaran islam...sentiasa berda'wah...terus berda'wah dan terus berda'wah ke hingga ke akhirnya...Mulianya hatimu wahai para Ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian...aku pasti Tuhan menyediakan tempat terbaik disisinya setara amal yang ibu-ibu tegar mendapatkannya...ameen ya allah...terharu aku melihat para pengajar,para ahli jawatankuasa dan mereka yang terllibat secara langsung ataupun tidak dgn Raudatus Sakinah... (T_T) ....

Dimalam AMAL itu,aku agak berdiam diri dan cuma sekali-sekala tergelak ketika Ber 'SMS dgn sahabat dr meja Yang lain...bila aku renungkan,aku sangat teringatkan Ibuku,Kakakku,Adik-adik perempuanku yang juga bernama wanita...aku sangat2 menyayangi mereka dan mengasihi mereka...mungkin juga allah memberi aku rasa tanggungjawab kerana aku adalah lelaki sulung dalam keluargaku...menjadi tempat rujukan bagi keluargaku dalam setaiapperkara...ya...mereka juga adalah wanita yang wajib dilindungi...mungkinkerana itulah tatkala aku berhadapan atau melihat wanita samada ditempat kerja,sewaktu kelaur rumah atau dimana sahaja,aku pasti merasakan mereka seolah2 seperti ibuku,saudara perempuanku...Namun, kenapa masih ada lelaki yang masih tidak merasakan yang wanita yang mereka rosakkan adalah seperti saudara-saudara mereka...Bukan menjadi pelindung kepada wanita...

Terkadang aku mencari hujah, adakah kerosakkan wanita adalah kerana LELAKI? atau kerana mereka yang merosakkan diri mereka sendiri dgn meletakkan diri posisi kebinasaan...mungkin juga kerana lelaki, kerana tiada peranan lelaki sbg ketua keluarga,abang dala mendidik wanita...juga sebagai saudara lelaki seislam dalam menghormati dgn hati nilai @ harga diri seorang wanita...moga2 allah memberi faham kepadamu wahai kaum lelaki agar terang perananmu sbg seorang lelaki...jaga buatmu wahai kaum wanita agar faham tentang nilai harga dirimu yang tinggi itu wajib engkau pelihara dan engkau sayangi dirimu sendiri...

***

Ceritanya bermula disini...inilah pointnya yang aku nak ketengahkan dan kongsikan...aku sangat terasa dgn apa yang allah didik hatiku hinggakan terbawa-bawa kedalam tidur dan mengalir air mataku tanpa aku sedari...kuusap kembali nilai air mata bersih itu...tanda gerun dan terima kasihku pada allah yang sentiasa mengajarku dalam segenap penjuru kehidupan dari dulu hingga kini...yang aku mampu lepasinya...

.......... Suatu cerita yang telah diadaptasi & diubahsuai dari kehidupan sekeliling bagi menghidupkan jalan cerita yang menarik....

Broom...bromm...brom... motosikal berwarna hitam melepasi pintu hadapan lif menuju kesudut ruangan parking motosikal dibawah flat tempat Ashraf, Mudzakkir, Mustaqim, Ameerul menyewa...Rumah yang menjadi tempat mereka berteduh dan merehatkan badan setelah pulang dari kuliah Dari UM yang mengambil masa lbh kurang 10minit antara rumah dgn kuliah mereka...juga tempat markaz mereka berbincang tentang da'wah...meneruskan perjuangan ar-Rasul yang mereka imani...juga sunnah Teragung yang Ar-Rasul tinggalkan buat mereka yang benar diberi Hidayah oleh Allah S.W.T...5 minit kemudian melintas lagi 2 biji motosikal Wave 100 & EX5 berwarna merah milik mudzakkir dan Mustaqim...

Seketika kemudian,keempat-empat orang mahasiswa UM itu pun terus berada dihadapan lif Utama Flat mereka...menunggu giliran mereka dgn penuh kesabaran...dalam masa itu itu,terdengar Mustaqim dan Ashraf bersembang-sembang tentang program yang mereka baru selasai hadiri tadi... Malam Amal Raudatus Sakinah(MARS)...Lelaki Adalah pelindung Wanita... Akhi,best la ana duduk kat meja paling depan skali...meja "gold class" katakan...makanan pun best2 semuanyer...boleh jadi buncit kalu tiap2 malam makan mcm ni...tapi yang paling bestnyer pengisian yang telah disusun rapi...ermmm...seronok dan sungguh menyentuh hati ana td, terdengar suara Mustaqim antara tenggelam timbul dgn astro yang dipasang agak kuat di kedai makan mamak yang kira sepelaungan...ala syeikh, kalu nak makan sedap hari-hari pun berbaloi...nta kahwin cepat2,ada jugak orang yang jaga makan pakai nta...bukan saja perut nta yang dijaganya,lenguh2 pun ada SPA free kat rumah...fuh jimat tuu, sampuk Ashraf yg xpayah bayar pun utk bercakap,memang terus memberi idea yg boleh diterima akal... hehehe...hehe...hahaha...keempat2 mahasiswa itu terus ketawa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...

tot...tot...tot...tit..tit...tit... pintu lif terbuka...keempat2 mereka memasuki pintu lif bersama sepasang suami isteri dan seorang lelaki pertengahan umur...

semua terdiam seketika...terdengar pintu lif bergeser ketika ia sedang bergerak sekaligus memecah hening suasana sepi pagi itu...lebih kurang jam 12 lebih...

seketika kemudian mudzakkir dan ashraf bersembang tentang urusan masing-masing ketika disuatu jabatan...ketika asyik bersembang,tiba-tiba ashraf mengeluarkan perkataan yang agak tidak berakhlak yang dia sendiri pun tidak mengetahui maksudnya ketika itu...hanya mengulang term atau kata-kata yang rakan-rakan dekat jabatan tersebut perkatakan dan menjadikan term tersebut agak tidak berakhlak iaitu ...pada asalnya ia adalah term yang baik dan education...cuma pronouns yg disebutkan mereka menjadikan term tersebut amat2 tidak berakhlak...pada ketika itu,mudzakkir terkejut apabila terdengar kata2 tersebut...dia terdiam dan kelihatan terpinga2...ashraf tidak pernah merasakan dia bersalah kerana dia memang jahil tentang perkara tersebut dan terus mengulang hingga kesemua mereka yg berada didalam lif dapat mendengar perkataan tersebut...mustaqim dan ameerul juga kaget bangat...terkejut dan terkesima...suami isteri dan lelaki pertengahan umur juga sepi seribu bahasa...
kenudian,suami isteri dan lelaki pertengahan umur tersebut terus keluar apabila telah tiba pada floor mereka...

***
lif tertutup rapat...ameerul & mudzakkir terus tergelak dan ketawa berdekah-dekah...mustaqim masih diam membisu seribu bahasa...hanya pandangan mata yang memberi maksud...mungkin ada bahasa hati yang tak tersampaikan oleh bibirnya...namun matanya tetap bersinar sendu...selepas itu, barulah mudzakkir dan ameerul memberi nasihat supaya jgn menggunakan term tersebut lagi kerana amat tidak berakhlak...mustaqim masih lagi membisu...dengan hati bersalah & malu,ashraf bertanya apakah maksud term tersebut...dia kelihatan terpinga-pinga...seperti kucing yang hampir gila mencari ANAK...ataupun seperti ibu ayam yang dirampas telurnya ketika dia mengeram walaupun ibu ayam itu tertipu...apa yang dieram hanyalah batu semata2...hingga berkokok menjerit hampir satu kampung apabila menyedari yang dieramnya adalah batu...tertipu engkau wahai ayam...

ketika dirumah, semua sahabat itu terus menerangkan tentang perkara tersebut sejelas-jelasnya...

ashraf amat malu kerana mereka adalah semua adalah kaki masjid dan sangat dikenali disitu dan kadang sering manjadi imam di surau itu....dikenali sbg orang yang berilmu dan berakhlaq baik...sering diajak ke tahlil dan mengimami bacaan tahlil...

Pengajaran dari cerita diatas.

1.Jaganlah kita menggunakan sebarang kata2 yang kita tidak ketahui maksudnya...malahan diambil dari mereka yang tidak berakhlak...fahamilah apa yg kita katakan...walaupun terkadang tidak sengaja menggunakan kata2 tersebut.
2.jagalah kata2 yang menunjukkan akhlaq kita pada pandangan masyarakat.
3.sebagai seorang sahabat dan seorang du'at,dimana sahaja kita berada mestilah sentiasa nasihat menasihati samaada secara langsung atau tidak...seeloknya dalam cerita tersebut ditegur ketika itu,agar mereka yang didalam lif itu dapat mengagak yang ashraf berkata sedemikian krn tidak tahu...sekurang2nya menjaga air muka kesemua mahasiswa itu...kerana yang terpalit kotor bukan pada ashraf, tapi juga pada mustaqim,ameerul,muzdakkir...kerana mereka adalah kawan2 rapat mereka...mukmim itu adalah cerminan kepada mukmim yg lain.
4.diam itu bukanlah suatu sifat yang baik jika bukan pada tempatnya...fahamilah dimana sepatutnya sifat diam itu letaknya.
5.kita adalah manusia yg sering terbuat dosa samada sengaja @ tidak sengaja...sekalipun kita adalah Du'at...jadi,mohonlah ampun pada allah...taubat pada allah...kita adalah sangat lemah.

"SEMOGA KITA MENDAPAT IKTIBAR BERSAMA"

HAZLI
BAITUL MUSLIM.

P/W: ukhuwwah itu terkadang akan teruji dgn hebatnya...didikan allah utk memberi faham kepada kita...seterusnya lahirnya kesabaran tinggi dan husnu dzan yg tidak pernah putus.
P/W: tegur menegir nasihat menasihati itu adalah akhlaq,hiasilah diri dgn tabiat ini.
P/W: tengah dalam proses utk cuba menghasilkan novel tarbiah pertama...Doakan sahabat2 sekalian =)sokonglah yer... hehehe...masih belajar.

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.