-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)




Siaran Ulangan kerana Masih belum habis ditayangkan sebelum ini...walaupun kali ini hanya cuba menyiapkan dgn cepat dek dikejar masa kelapangan sebelum kesibukkan datang mengundang...wallahu 'alam... =)


Ku mulakan bicara Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Saya cuba lontarkan pendapat peribadi tentang tajuk diatas menurut hemat dan kefahaman anugerah allah...alhamdulillah...

Sebenarnya bila dipersoalkan,ataupun ditanya mahupun diingini jawapan yg telus dari tajuk diatas, ia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri...sekalipun begitu saya cuba menukilkan dan cuba menggambarkan keadaanya melalui realiti yang pastinya bukan fantasi...bukan Auta tapi kenyataannya adalah fakta...Insyaallah moga kita ambil 'ibrah dan sempadan bersama dengan izin allah S.W.T..."Setitis Yang Saya Kongsikan,Selaut yang anda 'amalkan,fahamkan dan Fikirkan" inilah yang lebih Utama...

Perbandingan yang diketengahkan antara Tradisi Usrah dan kualiti Usrah adalah sesuatu yang yang subjektif dan relatif hakikatnya menurut hemat saya...
Bila dilihat dari sudut tradisi perlaksanaan Usrah alhamdulillah,saya lihat ia semakin hari semakin subur disirami baja-baja semangat untuk menggerakkan usrah dimana-mana sekalipun diatas muka bumi allah ini...dari bait muslim hinggalah ke pejabat2 dan masjid2,sekolah2 dan institusi2 yang lain yang menggunakan pelbagai uslub mahupun wasilah...dari usrah aulad hinggalah kepada thullab...dari golongan sederhana hingga golongan kpd profesional...sungguh membanggakan dan sayu melihat betapa allah sudah berjanji akan menjaga agama Islam hingga ke akhirnya...Tatkala itu terdengar suara semangat ingin menjalankan usrah dan ingin memperkasakan khazanah/pusaka nabi ini kerana inilah tradisi agung para sahabat,tabi' tabi'in,salafussoleh dan gerakan2 da'wah yang terkemudian hinggalah ke abad ini...inilah juga asas pembentukkan kepada empayar2 islam yang agung dan Ustaziatul 'alam yang menjadi idaman para mujahid da'wah...ingin melihat islam memerintah alam raya dengan keharmonian dan keamanan yang hakiki...allahuakbar...terkadang hati saya bertanya,adakah kita semua melakukan hanyalah kerana tradisi semata-mata...'amal(usrah) yang dilakukan didalamya yang kering kontang tanpa roh Keikhlasan & sebenar-benar perjuangan seperti ar-rasul dan para sahabat...cukupkah sekadar begitu pandangan kita tentang usrah? kalaulah kita mengatakan usrah adalah pembinaan yang asas,kenapa 'amal yang kita lakukan hanyalah tradisi semata2...adakah kerana ingin disebut naqib/ah ke kita ni? ingin disanjung sbagai 'ameer @ ameerah kah kita? ingin dididengar ustaz/ah ke apabila dipanggil?ingin dihormati sebagai mas'ul/ah kah kita? ingin dikenali wadah/gerakan yang menjadikan usrah sebagai xtvt asas ke? ingin diwar-warkan sebagai dai' ke kita?ingin mendapat rakan dari jamaah ke kita?ingin mendapat pertolongan dari kawan-kawan yang baik ke apabila ditimpa musibah?cukupkah dengan begitu?...yang dikenali hanya pada nama yang disanjung sedangkan title itu begitu rendah nilaiannya disisi allah s.w.t kerana sikap acuh tidak acuh kita pada perjuangan da'wah yang menjadi hadaf dan cita-cita murni kita bersama...cukupkah begitu bagi kita?saya sungguh terkedu&sayu kalaulah kita tidak pernah ingin mengubah sikap kita sebegitu...Yang sebanarnya semua kelebihan yang disebut td itu adalah sampingan bukan perkara asas dalam usrah...kita bukan menolak kelebihan ataupun manfaat, sama sekali bukan tidak meraikan apabila kita membawa usrah ataupun mengikut usrah,tapi kerana matlamat kita dan impian kita LEBIH BESAR dari itu...Agar tidak timbullah istilah "sambil menyelam minum air"yang dalam mksudnya kerna pejuang agama allah bukan mengambil kesempatan tapi MEMBERI KEIKHLASAB SEPENUH HATI...dibimbangi arah keikhlsan dan tujuan asal terjejas dan terpesong,na'uzubillah...Marilah kita kembalikan semula nature usrah sebagaimana nabi membentuk sahabt-sahabat sehebat abu bakar,umar,ali othman..dan ramai lagi pewaris nabi yang bergerak diatas bumi allah ini hingga sampai kpd kita...dengan daya usaha kita sekarang adakah da'wah ini akan berkembang seperti yg dilakukan oleh para sahabat,tabi' tabii'n/salafussoleh? ataupun akan terus berkembang kerana daya usaha orang lain,bukan dari kita sendiri seperti yang dilaungkan bergema-gema& berkobar-kobar...hendaknya bukan begitu,tertipukah kita pada nafsu dan kehendak sendiri...bagi saya sungguh setuju yang usrah itu adalah tradisi...tapi saya lebih setuju kalau ia adlah lebih dari itu...Apa yang saya cuba maksudkan adalah "tradisi itu adalah sunnah,Tapi mengamalkan@mempraktikalkan/memahamkan tanggungjawab menyebar ISLAM adalah Wajib"...inilah yang saya cuba ketengahkan,adakah kita mengambil sunnahnya,tapi yang wajibnya dibelakang...adakah membetulkan IBADAH dahulu lebih UTama dr membetulkan AKIDAH...Bukankah usaha kita adalah utk menyelamatkan akidah muslim yang semakin hari semakin hilang arahnya sebagai seorang muslim...ataupun kita mengajaknya ke usrah hanya sekadar sebagai suatu tuntutan tradisi yang akhirnya dikatakan itu adalah IBADAH...tepuk dada tanya IMAN...Saya cukup akui tentang kesibukkan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar dan tiada sudahnya tentang dunia...sibuk dengan kerjaya...sibuk dengan mengumoul hata dunia...sibuk dengan alasan-alasan yan tidak boleh diterima...semakin hari urusan dunia menjadi semakin "complicated"...seolah-olah ingin menyaring/menapis/memilih orang yang betul-betul layak untuk memikul amanah ar-rasul ini utk membina ummat...beruntung sungguh orang yang terpilih...adakah pilihannya sekadar itu-itu saja atau gitu-gitu saja...yang pastinya tidak...kerna bebanan yang berat ini hanyalah utk mereka yang faham dan bersedia dgn persediaan yang rapi sahaja...mereka hanya menjadikan dunia hanya sekadar tempat persinggahan dan memanfaat setiap masa utk da'wah kerana sudah mati hatinya utk dunia...sudah berpaling pada dunia dan hanya mengambil sekadar keperluan tapi bukan kewajipan..mereka yaqin dengan janji allah yang akan mengurniakan kekayaan/kemewahan/sanjungan/kemuliaan/ dan segalanya tatkala ajal menjemput...disitulah mereka TERSENYUM kita izrael menjemput...kerana sudah tergambar mahligai yang tersedia...subhanallah...moga kekalnya hendaklah begitu ya allah buat seumur hidup ini...bukan keseorangan,tapi bersama-sama teman2 seperjuangan,murabbi2,naqib yang baik juga keluarga2 muslim yang lain...lebih2 lagi keluarga saya sendiri...teguhkanlah ya allah hati saya ini...


KUALITI USRAH

Alhamdulillah, ingin rasa hati utk menyambung kembli perkongsian rasa hati yang sekian lama sudah terbengkalai tanpa manfaat kerana belum dihabiskan sifatnya...sedari itu,saya cuba utk menyambung kembali pengisian tentang kualiti usrah...

***

Kualiti adalah sesuatu term yang cukup padat utk menggambarkan kesungguhan didalam sesuatu kerja...setuju ataupun tidak, itulah hakikatnya...dari perspektik lahiriahnya, ia tersergam indah dgn hasil yang didapati,tetapi jika diintai dari sudut batiniahnya, hanya allah yang akan membuat perkiraannya,tapi sbg manusia kita pasti tahu tentang diri kita sendiri sejauh mana daya usaha kita...oleh itu,tiada alasan ut kita mempertikaikannnya...lain ia pada pandangan inidvidu,malahan lain pula pada tafsiranya...

Sekalipun apa yang saya ingin sampaikan kala ini, adalah sesuatu yang dah terjadi dan suatu yg realiti...sedar ataupun tidak,inilah kenyataannya...Boleh Dilihat saban minggu Usrah2 dijalankan dimana-mana sahaja...terus berjalan dan terus mengalir kerana sunnatullah...tapi pernahkah seseorang naqib itu berfikir dan cuba meneliti apa yang dia uruskan sesuatu usrah itu samada kualiti ataupun tidak? walaupun persoalan hati dan keinginan itu diluar kawalan dan batasan seorang naqib yang ditaklifkan membawa usrah...agar tidak terselit dihatinya alasan-alasan yang tidak selayaknya bagi seorang murabbi itu...

Apa yang dilihat dan diperhatikan, kualiti itu bukan hanya letaknya pada masa panjangnya sesuatu usrah...bukan juga pada kehebatan di pihak naqibnya...bukan juga pada tsiqah yg tinggi di pihak mutarabbinya, bukan juga pada kehebatan pengurusannya, malahan bukan juga pada lakaran modul bahan yang sempurna...

Tetapi, Kualiti usrah akan terus mempunyai "KUALITI" jika kena pada masanya, kesungguhan naqibnya, takwinul tanfiz(pengurusan yg dilaksanakan)dan juga pada kesesuaian modul bahan yg digunakan... INTEGRASI @ kesepaduan unsur2 tersebut akan membuahkan kualiti hasil yang baik dan hanya layak dipersembahkan pada allah...bukankah begitu?... jikalau pincang atau gugur salah satu daripada unsur-unsur tersebut,adakah ia akan menjadi kualiti? layakkah dipersembahkan kepada allah... cukup malu pada diri kita sendiri...

Kadangkala kita sentiasa bermain kata "kita hanya berusaha,hasilnya biarlah allah yang tentukannya"... Adakah kita hanya cuba melepas tanggungjawab daripada memberi yang terbaik... sudahkah usaha kita boleh dianggap usaha yang betul-betul usaha...ingat wahai diriku dan para Nuqaba' sekalian, kita adalah antara hamba allah di atas muka bumi ini yg telah diberi faham oleh allah, Gunakanlah kesempatan yg ada ni dgn usaha yg boleh dipangil usaha...barulah allah tempat kita berserah... kita cuba memberi faham pada mutarabbi kesayangan kita kerana allah,tapi allahlah yg lebih menyanyanginya dan akan menyentuh Hatinya...

***

wahai Diriku,jika Hatimu laksana Taman Hiasa Iman & Taqwa, Pasti Dirimu orang yg Siddiq...kerana engkau meluahkan fahaman yg tulus ikhlas kerana perjuangan hakiki pada Deen allah...Jika hatimu laksana gurun Sahara,pasti dirimu seorang yg alas-alasan,malas-malasan mahupun pendusta kerana engkau menipu dirimu dan orang lain...kerana engkaumengatakan apa yg tidak engkau perbuat...

Kualiti usrah adalah Peranan Murabbi/ah yang ianya suatu kewajiban bukan keperluan... jgnlah kita membawa diri yg gersang ketika membawa usrah...

*** akhir Kalam....CITA-CITAKU ADALAH INGIN MENJADI MURABBI...KERANA RASULULLAH ADALAH MURABBI... TAPAI RASULLULLAH ADALAH MURABBI HATI... KITA BAGAIMANA?


p/s: jadikan usrah itu suatu kualiti sentiasa
p/s: Membawa usrah adalah amal asas usul da'wah...

Moga Jadikan Aku MURABBI HATI...

0 comments:

Post a Comment

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.