-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Arahim... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Dengan izin Allah dapatlah Saya mencoret buah hati yang semakin ranum buat santapan Roh diri Sendiri dan malahan jua buat pengunjung setia... Saya mengambil kesempatan ini setelah pulang ke Daerah ini semula setelah terpanggil untuk memenuhi tuntutan ibadah kepada allah...

Saya cuba memilih tajuk diatas kerana setelah mendapat email seorang sahabat lama dalam berkongsi pendapat... Setelah itu, saya cuba membawa apa yang saya rasai dari hati sendiri mengenai tajuk diatas walaupun mempunyai masa yang agak singkat utk menulis...saya cuba walaupun sesingkat ini Insyaallah...Alhamdulillah...


Nukilan kali ini berkisar kes pada lbh krg sebulan yang lalu apabila seorang laki-laki mecederakan isterinya dengan menyimbah asid hanya kerana isterinya menolak kinginan suami untuk melakukan hubungan intim. Isteri telah memberikan alasan kurang sihat dan lelaki tersebut terus mengambil tindakan zalim dengan mencederakan isterinya.

Kisah yang sama pernah berlaku tetapi isteri pula yang menyimbah asid ke atas suami yang tidak menunaikan tanggungjawab penuh sebagai suami dan dalam masa yang sama si suami ingin berkahwin dua.

Kedua-dua kes adalah sesuatu yang amat menyedihkan yang seharusnya tidak terjadi pada sebuah keluarga Islam. Sebuah keluarga yang seharusnya berlandaskan ajaran Islam yang menyuruh seisi keluarga melayan warga keluarga yang lain dengan penuh kasih sayang. Mari kita lihat kes yang pertama dahulu untuk kita pelajari darinya apakah kesalahan yang wujud di dalam kes tersebut.


Nabi bersabda diriwayatkan dari Jabir: “Takutlah Allah (wahai lelaki) mengenai wanita! Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai isteri) atas jaminan Allah dan perhubungan dengan mereka dijadikan halal kepada kamu atas kalimah Allah.” (riwayat Imam Muslim). Penuhi hak mereka dan berlaku adil ke atas mereka. Bagi wanita, jangan sangka bahawa hak kamu sahaja yang wajib dipenuhi. Suami kamu punyai hak mereka yang wajib dipenuhi. Allah lebih mengetahui.

Suami Isteri itu bagi saya Umpama Siang Dan Malam... Tidak akan dikenal Siang tanpa adanya malam...tidak akan ada maksudnya malam tanpa adanya perkataan siang...begitulah juga suami isteri...tidak akan digelar Suami tanpa adanya isteri... Indahnya malam bila direnungi ni'matnya siang...dihargainya siang bila adanya cintanya pada malam...indahnya hidup bagi seorang suami bila adanya seorang isteri yang dicintai disisi...Dihargainya hidup bagi seorang isteri bila ada suami yang menyintai sepenuh hati...waktu siang itu mempunyai segala macam anugerah dr allah yang pasti tidak terdapat pada waktu malam,bergitulah sebaliknya andai dihayati & direnungi...begitu juga suami & isteri...'alam mereka berbeza,emosi mereka berbeza,sebahagian fitrah mereka juga berbeza,sebahagian hukum tuhan keatas mereka juga berbeza...itulah puncanya allah menjadikan mereka fitrahnya berpasangan...hanya satu penyelesaiannya adalah hidup sebagai suami isteri...suami itu fitrahnya melindungi & bertanggungjawab,manakala isteri itu,fitrahnya ingin dikasihi dihati suami & Taat...Subhanallah,inilah syurga Dunia jika diingati dan diikuti ajaran Agama allah...Suami isteri itu hidupnya saling menyintai,saling berkorban,saling bertanggungjawab dan saling menasihati kerana Allah...saling merindui seperti Muhammad merindui Khadijah...saling berkorban seperti Ali dan Fatimah...Saling menghormati seperti Nabi Sulaiman a.s Dan Balqis...Saling mengingati seperti Adam dan Hawa...Mengapa begitu ni'mat yang alah anugerahkan buat Suami isteri dinodai dan dicemari oleh nafsu dihati yang merosakkan diri...Mengapa begitu tidak disyukuri anugerah insan yang menjadi teman diri dibumi untuk kasih mengasihi...Mengapa begitu...dan mengapa sentiasa jadi begitu...sunggguh menggusarkan dan mengharukan wahai manusia...

Jikalau melihat kepada realiti kehidupan diatas,apakah puncanya...apakah sebabnya... saya melihat ianya dari sudut 'Ilmu & Iman...Ilmu itu penyuluh kehidupan...ia adalah seperti kompas menunjukkan arah kiblat...ia seperti streng kereta utk mengawal sesebuah kereta...ia juga umpama jantung yang mengawal aliran darah keseluruh badan...sangat penting!!...Jika Dibina sesebuah keluarga itu tanpa ikutan Ar-Rasul,maka terbinalah keluarga itu seperti keluarga2 yang lain...mungkin seperti keluarga kuffar,mungin seperti keluarga asli peribumi yang hidup tiada matlamat dan tujuan akhir utk menuju allah...'Ilmu itu adalah utk membina peribadi sendiri dahulu,untuk menjadi muslim ideal @ muslim sejati...ilmu utk membina orang lain iaitu keluarga menanti...sungguh,semuanya telah ditunjuki oleh rasul Allah,Muhammad S.A.W... tuntutlah ilmu...saya melihat,dimana-mana sahaja samada dikampung-kampung @ dibandar-bandar, masyarakat sekarang sangat tidak menitikberatkan ilmu agama...

Soalnya Iman itu jika diusahakan mencari ilmu dan mempelajari ilmu agama,akan lahirlah keimanan didalam diri...diusahakan untuk terus beramal dan hidup dgn penuh dgn rasa harap dan takut pada Allah...sentiasa berdoa pada allah...berdoa dan tersu berdoa...

akhir kalam utk kesempatan yg sesingkat ini,marilah kita sama-sama mebina sebuat keluarga yang berlandaskan islam,menjadikan keluarga rasulullah sbg ikutan...dan bertawakkal pada allah tentang generasi pewaris supaya dijaga oleh allah ta'ala...
AKHIR SEKALI, ramai orang/manusia tidak sedar tentang suatu perkara ini...untuk menjadikan sesebuah keluarga itu penuh dgn Sakinah,Mawaddah & rahmah...bergabunglah dgn JAMAAH ISLAM utk melakukan Da'wah...Insyaallah Allah Akan terus menjaga Zuriat keturunan kita jikalau kita berkerja dgn Ikhlas & bersungguh-sungguh kerana Agama Allah...Yaqinilah didalam sanubari...

P/w: Berusahalah wahai kawan-kawanku...terus berusaha...antara Sifat suami itu adalah bertanggungjawab, oleh itu,allah ingin mnegujimu dgn menyuruh engkau bersabar dalam mengumpulkan mahar & belanja...Jikalau tidak lepas,mcm mana nak menjaga seisi keluargamu nanti... =)... buat teman-teman Rumah Al-Muslim...




Siaran Ulangan kerana Masih belum habis ditayangkan sebelum ini...walaupun kali ini hanya cuba menyiapkan dgn cepat dek dikejar masa kelapangan sebelum kesibukkan datang mengundang...wallahu 'alam... =)


Ku mulakan bicara Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Saya cuba lontarkan pendapat peribadi tentang tajuk diatas menurut hemat dan kefahaman anugerah allah...alhamdulillah...

Sebenarnya bila dipersoalkan,ataupun ditanya mahupun diingini jawapan yg telus dari tajuk diatas, ia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri...sekalipun begitu saya cuba menukilkan dan cuba menggambarkan keadaanya melalui realiti yang pastinya bukan fantasi...bukan Auta tapi kenyataannya adalah fakta...Insyaallah moga kita ambil 'ibrah dan sempadan bersama dengan izin allah S.W.T..."Setitis Yang Saya Kongsikan,Selaut yang anda 'amalkan,fahamkan dan Fikirkan" inilah yang lebih Utama...

Perbandingan yang diketengahkan antara Tradisi Usrah dan kualiti Usrah adalah sesuatu yang yang subjektif dan relatif hakikatnya menurut hemat saya...
Bila dilihat dari sudut tradisi perlaksanaan Usrah alhamdulillah,saya lihat ia semakin hari semakin subur disirami baja-baja semangat untuk menggerakkan usrah dimana-mana sekalipun diatas muka bumi allah ini...dari bait muslim hinggalah ke pejabat2 dan masjid2,sekolah2 dan institusi2 yang lain yang menggunakan pelbagai uslub mahupun wasilah...dari usrah aulad hinggalah kepada thullab...dari golongan sederhana hingga golongan kpd profesional...sungguh membanggakan dan sayu melihat betapa allah sudah berjanji akan menjaga agama Islam hingga ke akhirnya...Tatkala itu terdengar suara semangat ingin menjalankan usrah dan ingin memperkasakan khazanah/pusaka nabi ini kerana inilah tradisi agung para sahabat,tabi' tabi'in,salafussoleh dan gerakan2 da'wah yang terkemudian hinggalah ke abad ini...inilah juga asas pembentukkan kepada empayar2 islam yang agung dan Ustaziatul 'alam yang menjadi idaman para mujahid da'wah...ingin melihat islam memerintah alam raya dengan keharmonian dan keamanan yang hakiki...allahuakbar...terkadang hati saya bertanya,adakah kita semua melakukan hanyalah kerana tradisi semata-mata...'amal(usrah) yang dilakukan didalamya yang kering kontang tanpa roh Keikhlasan & sebenar-benar perjuangan seperti ar-rasul dan para sahabat...cukupkah sekadar begitu pandangan kita tentang usrah? kalaulah kita mengatakan usrah adalah pembinaan yang asas,kenapa 'amal yang kita lakukan hanyalah tradisi semata2...adakah kerana ingin disebut naqib/ah ke kita ni? ingin disanjung sbagai 'ameer @ ameerah kah kita? ingin dididengar ustaz/ah ke apabila dipanggil?ingin dihormati sebagai mas'ul/ah kah kita? ingin dikenali wadah/gerakan yang menjadikan usrah sebagai xtvt asas ke? ingin diwar-warkan sebagai dai' ke kita?ingin mendapat rakan dari jamaah ke kita?ingin mendapat pertolongan dari kawan-kawan yang baik ke apabila ditimpa musibah?cukupkah dengan begitu?...yang dikenali hanya pada nama yang disanjung sedangkan title itu begitu rendah nilaiannya disisi allah s.w.t kerana sikap acuh tidak acuh kita pada perjuangan da'wah yang menjadi hadaf dan cita-cita murni kita bersama...cukupkah begitu bagi kita?saya sungguh terkedu&sayu kalaulah kita tidak pernah ingin mengubah sikap kita sebegitu...Yang sebanarnya semua kelebihan yang disebut td itu adalah sampingan bukan perkara asas dalam usrah...kita bukan menolak kelebihan ataupun manfaat, sama sekali bukan tidak meraikan apabila kita membawa usrah ataupun mengikut usrah,tapi kerana matlamat kita dan impian kita LEBIH BESAR dari itu...Agar tidak timbullah istilah "sambil menyelam minum air"yang dalam mksudnya kerna pejuang agama allah bukan mengambil kesempatan tapi MEMBERI KEIKHLASAB SEPENUH HATI...dibimbangi arah keikhlsan dan tujuan asal terjejas dan terpesong,na'uzubillah...Marilah kita kembalikan semula nature usrah sebagaimana nabi membentuk sahabt-sahabat sehebat abu bakar,umar,ali othman..dan ramai lagi pewaris nabi yang bergerak diatas bumi allah ini hingga sampai kpd kita...dengan daya usaha kita sekarang adakah da'wah ini akan berkembang seperti yg dilakukan oleh para sahabat,tabi' tabii'n/salafussoleh? ataupun akan terus berkembang kerana daya usaha orang lain,bukan dari kita sendiri seperti yang dilaungkan bergema-gema& berkobar-kobar...hendaknya bukan begitu,tertipukah kita pada nafsu dan kehendak sendiri...bagi saya sungguh setuju yang usrah itu adalah tradisi...tapi saya lebih setuju kalau ia adlah lebih dari itu...Apa yang saya cuba maksudkan adalah "tradisi itu adalah sunnah,Tapi mengamalkan@mempraktikalkan/memahamkan tanggungjawab menyebar ISLAM adalah Wajib"...inilah yang saya cuba ketengahkan,adakah kita mengambil sunnahnya,tapi yang wajibnya dibelakang...adakah membetulkan IBADAH dahulu lebih UTama dr membetulkan AKIDAH...Bukankah usaha kita adalah utk menyelamatkan akidah muslim yang semakin hari semakin hilang arahnya sebagai seorang muslim...ataupun kita mengajaknya ke usrah hanya sekadar sebagai suatu tuntutan tradisi yang akhirnya dikatakan itu adalah IBADAH...tepuk dada tanya IMAN...Saya cukup akui tentang kesibukkan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar dan tiada sudahnya tentang dunia...sibuk dengan kerjaya...sibuk dengan mengumoul hata dunia...sibuk dengan alasan-alasan yan tidak boleh diterima...semakin hari urusan dunia menjadi semakin "complicated"...seolah-olah ingin menyaring/menapis/memilih orang yang betul-betul layak untuk memikul amanah ar-rasul ini utk membina ummat...beruntung sungguh orang yang terpilih...adakah pilihannya sekadar itu-itu saja atau gitu-gitu saja...yang pastinya tidak...kerna bebanan yang berat ini hanyalah utk mereka yang faham dan bersedia dgn persediaan yang rapi sahaja...mereka hanya menjadikan dunia hanya sekadar tempat persinggahan dan memanfaat setiap masa utk da'wah kerana sudah mati hatinya utk dunia...sudah berpaling pada dunia dan hanya mengambil sekadar keperluan tapi bukan kewajipan..mereka yaqin dengan janji allah yang akan mengurniakan kekayaan/kemewahan/sanjungan/kemuliaan/ dan segalanya tatkala ajal menjemput...disitulah mereka TERSENYUM kita izrael menjemput...kerana sudah tergambar mahligai yang tersedia...subhanallah...moga kekalnya hendaklah begitu ya allah buat seumur hidup ini...bukan keseorangan,tapi bersama-sama teman2 seperjuangan,murabbi2,naqib yang baik juga keluarga2 muslim yang lain...lebih2 lagi keluarga saya sendiri...teguhkanlah ya allah hati saya ini...


KUALITI USRAH

Alhamdulillah, ingin rasa hati utk menyambung kembli perkongsian rasa hati yang sekian lama sudah terbengkalai tanpa manfaat kerana belum dihabiskan sifatnya...sedari itu,saya cuba utk menyambung kembali pengisian tentang kualiti usrah...

***

Kualiti adalah sesuatu term yang cukup padat utk menggambarkan kesungguhan didalam sesuatu kerja...setuju ataupun tidak, itulah hakikatnya...dari perspektik lahiriahnya, ia tersergam indah dgn hasil yang didapati,tetapi jika diintai dari sudut batiniahnya, hanya allah yang akan membuat perkiraannya,tapi sbg manusia kita pasti tahu tentang diri kita sendiri sejauh mana daya usaha kita...oleh itu,tiada alasan ut kita mempertikaikannnya...lain ia pada pandangan inidvidu,malahan lain pula pada tafsiranya...

Sekalipun apa yang saya ingin sampaikan kala ini, adalah sesuatu yang dah terjadi dan suatu yg realiti...sedar ataupun tidak,inilah kenyataannya...Boleh Dilihat saban minggu Usrah2 dijalankan dimana-mana sahaja...terus berjalan dan terus mengalir kerana sunnatullah...tapi pernahkah seseorang naqib itu berfikir dan cuba meneliti apa yang dia uruskan sesuatu usrah itu samada kualiti ataupun tidak? walaupun persoalan hati dan keinginan itu diluar kawalan dan batasan seorang naqib yang ditaklifkan membawa usrah...agar tidak terselit dihatinya alasan-alasan yang tidak selayaknya bagi seorang murabbi itu...

Apa yang dilihat dan diperhatikan, kualiti itu bukan hanya letaknya pada masa panjangnya sesuatu usrah...bukan juga pada kehebatan di pihak naqibnya...bukan juga pada tsiqah yg tinggi di pihak mutarabbinya, bukan juga pada kehebatan pengurusannya, malahan bukan juga pada lakaran modul bahan yang sempurna...

Tetapi, Kualiti usrah akan terus mempunyai "KUALITI" jika kena pada masanya, kesungguhan naqibnya, takwinul tanfiz(pengurusan yg dilaksanakan)dan juga pada kesesuaian modul bahan yg digunakan... INTEGRASI @ kesepaduan unsur2 tersebut akan membuahkan kualiti hasil yang baik dan hanya layak dipersembahkan pada allah...bukankah begitu?... jikalau pincang atau gugur salah satu daripada unsur-unsur tersebut,adakah ia akan menjadi kualiti? layakkah dipersembahkan kepada allah... cukup malu pada diri kita sendiri...

Kadangkala kita sentiasa bermain kata "kita hanya berusaha,hasilnya biarlah allah yang tentukannya"... Adakah kita hanya cuba melepas tanggungjawab daripada memberi yang terbaik... sudahkah usaha kita boleh dianggap usaha yang betul-betul usaha...ingat wahai diriku dan para Nuqaba' sekalian, kita adalah antara hamba allah di atas muka bumi ini yg telah diberi faham oleh allah, Gunakanlah kesempatan yg ada ni dgn usaha yg boleh dipangil usaha...barulah allah tempat kita berserah... kita cuba memberi faham pada mutarabbi kesayangan kita kerana allah,tapi allahlah yg lebih menyanyanginya dan akan menyentuh Hatinya...

***

wahai Diriku,jika Hatimu laksana Taman Hiasa Iman & Taqwa, Pasti Dirimu orang yg Siddiq...kerana engkau meluahkan fahaman yg tulus ikhlas kerana perjuangan hakiki pada Deen allah...Jika hatimu laksana gurun Sahara,pasti dirimu seorang yg alas-alasan,malas-malasan mahupun pendusta kerana engkau menipu dirimu dan orang lain...kerana engkaumengatakan apa yg tidak engkau perbuat...

Kualiti usrah adalah Peranan Murabbi/ah yang ianya suatu kewajiban bukan keperluan... jgnlah kita membawa diri yg gersang ketika membawa usrah...

*** akhir Kalam....CITA-CITAKU ADALAH INGIN MENJADI MURABBI...KERANA RASULULLAH ADALAH MURABBI... TAPAI RASULLULLAH ADALAH MURABBI HATI... KITA BAGAIMANA?


p/s: jadikan usrah itu suatu kualiti sentiasa
p/s: Membawa usrah adalah amal asas usul da'wah...

Moga Jadikan Aku MURABBI HATI...







MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH
(MARS) 2010

OBJEKTIF MARS 2010:

1. Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
2. Menjalinkan networking dengan pelbagai pihak
3. Menekankan keperluan amar ma'ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita







TEMA:


Lelaki Pelindung Wanita
(Surah An-Nisa':34)


TARIKH:
2 Mei 2010

MASA:
8.00 Malam - 11.00 Malam



TEMPAT:
Shah Alam Convention Center (SACC Convec)




KEHADIRAN KHAS:

YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff

Penaung Raudhatus Sakinah

(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)



PENAMPILAN ISTIMEWA:







* Kumpulan Demascus
* Xifu & Algebra
* Persembahan anak-anak remaja
* PENGACARA MAJLIS - Ahmad Fedtri Yahya (TV3)


JUALAN MEJA (10 KERUSI):

Platinum - RM5000/meja (10 meja) - Tinggal 9 MEJA LAGI!!

Gold - RM3000/meja (30 meja) - Tingal 29 MEJA LAGI!!

Silver - RM2000/meja (40 meja) - Tinggal 36 MEJA LAGI!!!

Bronze - RM1000/meja (20 meja) - Tinggal 8 KERUSI SAHAJA LAGI!!


Sebarang bentuk sumbangan dan tajaan sangat dialu-alukan.


NO AKAUN RAUDHATUS SAKINAH:

5622 0961 3388

(MAYBANK BERHAD)



Untuk tempahan, sila hubungi:

Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010

03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159

Puan Rosmawati Zainal: 019-2386333

Puan Yusnani Abd Hamid: 013-3893379

Puan Siti Aini Jamil: 019-6553136

Nazirah Idris:019-5053008

En Mohd Amirul Mohd Letfee: 019-3836859

En Abdullah Omar:013-2466190








Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang...

Alhamdulillah, inilah post baru blog saya buat ketika ini...xsempat juga nak menulis menurut kata hati sebab Badan, 'Akal & Emosi kepenatan dek dipakaikan tanggungjawab kerja yang tak menentu... =) Tapi dikuatkan hati utk cuba menulis dalam lingkaran kehidupan sendiri... tapi ianya lebih kepada perkongsian...bukanlah lagi menulis dgn gubahan jambangan Ilmu yang dikaji dan dihuraikan mengikut kefahaman diri...however alhamdulillah...wasyukurlillah...

Alhamdulillah, dah beberapa minggu yang sudah berlalu perkara ini disimpan dan dipagari oleh nati nurani...Entah dimana salahnya, sudut mana pincangnya, arah mana sesatnya, pandangan mana yg butanya tatkala hati ini penuh dgn kegusaran dan keresahan...penuh dengan "stress & depression"... namun saya masih tetap mencari arah pelayaran yang betul supaya tak dibawa taufan kesesatan yang membawa ke daerah kehinaan hanya kerana mencari ketenangan, kedamaian & kebahagian...Hanya Allahlah yang maha mengetahui ketika itu,lebih dari diri saya sendiri...saya juga hampir tidak tahu apa yang saya inginkan... Jika ingin dilihat dari sudut ibadah harian masih tetap dilakukan sbg seorang Al-akh. Mahu dikatakan hanyut, tidak saya berfikir sedemikian kerana tak pernah tersasar kerna penuh dgn prgrm ataupun bersembang dan bergelak ketawa hanya dgn IKHWAH seperjuangan...masih terintai2 dek usikan hati & jiwa sendiri kenapa ianya jadi begini...Allahu Akbar... Tenggelam dan Lemas dalam hati Sendiri... Akhirnya saya mencari-cari makna BAHAGIA dalam diri pada masa itu...

Dengan Izin Allah, dapatlah cuti 1minggu setelah penat bekerja siang dan malam...so,saya mula plan dengan akak dan adik yang berada digombak utk pulang ke kampung...berkebetulan adik tgh cuti study week dan akak dapat cuti...maka bersiaplah dan bertolaklah pagi sabtu 20/3/2010 itu...akak dan siap masak lauk pauk utk bekal didalam perjalanan(ajaran/pesanan abah kalu nak nak travel jauh2)...maka bermusafirlah kami adik-beradik pulang ke pangkua abah Ummi...dalam perjalanan,asyik dok menyakat dan memperkena akak & adik... 2 lawan 1...pastu tukar2 partner perdebatan hingga sampai di Laloh(jenguk rumah atuk seketika)...bersembang dan bersalaman dan terus menyambung kembali perjalanan hingga sampai dirumah(tanah Merah) waktu maghrib... 6jam Drive keta sorang2 coz akak&adik xde lesen walaupun itu keta akak,kelakar betul...

Ketibaan kami tidak disambut macam biasa kerana Abah & Ummi dan adik2 yg ada tgh solat Maghrib berjamaah dirumah...Lepas baru Ummi menanggalkan kain sembahyang dan terus berjumpa kami dan bertanya tentang diri masing2...malam tu gathering family yang cukup menyeronokkan coz sume ahli adun&parlimen negeri ada...apa lagi mulalah perdana menteri & timbalannya bercerita dan bertanya keadaan masing ditempat masing2...masalah2 dan penyelesaian yang nak diketengahkan...apa lagi, bla...bla..bla...bla... hingga sume masuk tidur dgn lena...

Keesokkan harinya,kena jadi pemandu pelancong ut akak ke pasir mas coz pi walimah kawan dia masa satu sekolah dulu...ah bosannya dngan kerenah orang perempuan ni...sabar jelah...teman pi beli hadiah,pusing sana-sini...tention...lastly, mesj akak,xmau tggu dan ikut lagi...nak tidur kat masjid...letih berjalan dan drive smlm xhabis lagi...merajuk dgn akak...lepas dia buat2 pujuk beli air oren...sejuk balik hati ni...nilah hakikatnya orang perempuan...belajar2...utk masa depan...betul kata pak Utih masa KAPPEL'10...tergelak sorang2 mcm orang tak waras...

Keesokkan harinya barulah dapat bersembang dgn Ummi dan abah...bila lihat mata Ummi & Abah ,tersa sayu menusuk qalbu...melihat setiap kedutan dimuka ummi & abah yang makin dimamah usia itu,terasa getaran kesedihan takut akan kehilangan mereka suatu hari nanti yang tidak tahu bila masanya...mungkinkah aku yang akan pergi dulu? ...ah, tiada jaminan tua atau muda...(gerunnya ya allah waktu itu)...

Ketika bersembang dgn Abah,tiba2 abah tersenyum dan bertanya" ngah jadi ke tahun ni nak kahwain"...saya terdiam seketika...Ummi dah tersenyum lebar menenti jawapan...Ummi mula menyusun strategi soalan ingin mematikan hujah pihak lawan...tiba2 terpacul dimulut ummi"ingat nok wi de jugok tengok nantu dan jaga cucu"...saya mula gelisah dan tidak senang hati dengan petanyaan abah... 'tak tahulah abah,rasanya xjadi lagi...banyak bende plak yang nak difikirkan dan dibuat" abah cuba menyelesaikan dgn matematik mudah..."payoh gapo puloknyo,nikoh jolah...adik2 abah buleh jago lagi"...ummi tak kata apap2 hanya mendengar dgn teliti dr naluri seorang ibu...saya amat yaqin,Ummi pasti memahami saya...xpolah abah, biarlah dulu,ngah masih muda lagi...lagipun calon pun xde dan xtau sapa2 lagi...ngah dah serah bulat2 pada ustaz abah utk carikan...mana2 pun xpe...asalkan senang pada hati bila melihatnya...cumanya ngah baru mintak ustaz tangguhkan dahulu dan batalkan sbb bnyk bende yang ngah tgh fikirkan plak...ustaz kata ok...ngah kata,kalau ngah dah bersedia baru mntk ustz carikan mana2 yg ustaz rasa sesuai...abah menjawab dgn hikmah"tak pelah,ngah fikirlah yang mana sesuai,abah xmenghalang...sebenarnya,abah ada nak perkenal calon jgak kalau ngah nak,kawan adik2 ngah tu ramai yang solehah...ada jgk abah dok sembang dalam kereta dgn mak cik kt kg kg tu,tentang perkara ni...kalu nak on bila2 masa jer...saya terus menjawab"oopps xpelah abah,nak singgle lagi...bujang ni seronok jgak kadang2...ramai peminat...saya cuba berdalih(dalam hati,ngah inginkan yang satu kefahaman dalam da'wah& dan dr akhwat tegar perjuangannya)bukanlah menghina dan menolak pilihan abah"...ummi pun terus menambah"cari yang beriman dan solehah"...saya pun menjawab..."Insyaallah,Ummi doakanlah"... wah suatu soalan yang tiba2...jrg2 abah telus mcm tu...biasanya abah kias jer...tiap2 kali balik,msti kena tny soalan tu,,,jwb jer dgn muka kelat...lepas lagi kali ni...selamat lagi...fuhh... sebenarnya hanya ALLAH yg lebih mengetahui apa yg bersarang jauh disudut hati saya...saya sendiri pun xkenal & xatahu tentang diri saya lagi...saya kembalikan segalnya padamu ya allah...

selepas berbincang dan bersembang dgn ummi dan abah,tetiba keresahan dan kegusaran selama ini hilang begitu sahaja...saya cuba memikir,oh rupanya ini barakah dan kebahagiaan bila melihat wajah ibu bapa kita...jika2 dikira2 2bulan saya xsempat balik jguk Ummi & Abah walaupun kerap juga menelefon...Rupanya Rindu adalah penyakitnya...baru disedari kesalahan dan kelalaian diri...jgn kata sibuk degn kerja2 da'wah,sibuk dgn amal yg soleh,hidup dgn kawan2 yg soleh adalah cukup bagi kita utk dapat ketenangan dan kebahagiaan...tapi juga ada pada tatapan pada Wajah Ibu ayah kita...terkadang telefon dan bercakap masih tidak memadai... kerana mereka masih ada dan mengharapkan utk sentiasa melihat kita sekerap yg boleh...lebih2 lagi ibu yang penuh piala hatinya dgn kerinduan pada anak-anaknya...cukup terkesan saya dan membuatkan saya termenung sejenak...allah maafkan aku...alhamdulillah... =)

***
biasanya kalau balik mesti pi usrah dan jmpa dgn rakan2 usrah dan senior2 usrah...lepas tulah lepak kat kedai kopi borak2 dan sembang2...ikhwah apa lagi yang dibincang kalu berjumpa...pasti pasal tu...nak-nak ramai dr senior dan rakan2 usrah dan bernikah...mulalah diorang cuba menuba perasaan saya...syeikh,nta dah keje bila lagi?...saya jawab dgn muka mr. bee, entahlah...ana nak sambung belajar lagi...malas nak fikir lagi...Kalu masalah calon,don't worry ana blh carikan dari akwt UTM skudai... eh..eh..eh...xpe2..ana tenang n bahagia mcm ni...relaks2 dulu...kita borak pasal lain xboleh ke? pasai gajah ke? ayam ke? monyet ke? ok jgak kot...coz jrg2 balik ni...xde ar...tenang & damai bila kahwin ni...yang lain menyampuk xberi salam..." aku mula fikir betul ke kebahagiaan &ketenangan ada disitu?" ini ke salah satu kebahagiaan yang allah ciptakan dimuka bumi? masing-masinglah kita jawab dgn diri sendiri... persoalan yg belum terjawab hingga kini...teringat pula dgn lawak2 xleh blah ikhwah kat rumah sewa...ish...ish...ish...


***

pagi khamis sebelum balik Kl,bawa Ummi dan adk2 perempuan pi shopping kat KB...fuhh...xtahan lagi tunggu diorang menyhopping...lambat...satu2 pusing kedai...deritanya hati lelaki...sabar...terus pi tidur dalam keta...xlarat nak jalan n boring shoppin2 ni...langsung xminat...ada masa nak rehat n tidur jer...tulah pengajaran dan pembelajaran bila ada adik2 perempuan dan kakak ni...adoi...
lepas tu,bawa Ummi dan y lain pi makan nasi Ulam...selepas tu masa balik,singgah beli langsir baru...akak tanya,ngah warna apa yg paling cantik...saya jawab...sume xcantik...jom kita balik =)... aduh..aduh..aduh... kena tarik telinga dgn akak...ok,jer warna hijau tahun ni...tema kita...cantik2 (nak jaga hati jer)...tapi itulah Erti kebahagiaan bila ada tautan kasih sayang yg tak berkira dgn adik akak...berapa ramai manusia hari ini yg hilang kebahagiaan dalam sistem kekeluargaan kerana mementingkan harta dunia hingga mengabaikan silaturrahim keluarga sendiri...alhamdulillah wasyukurlillah...


***
pg jumaat mulalah bertolak setelah semua bersedia...salam dgn Ummi,abah dan adk2 yg lain...rasa bahagia,tenang & damai dalam hati...kami pergi dulu semua...assalamualaikum...kena balik awak kerana ada Kursus Kerja dalam MRI(magnetic resonance Imaging)... pulang dgn hati yg sungguh bahagia...sebelum balik tu,sempat juga berfacebook dgn kawan2 =)... pulanglah kami dgn mnyambung perdebatan dan bertukar-ukar partner dalam me'reject" antara atu sama lain.... sampai sudah di KL... alhamdulillah...

***
catitan minggu percutian yg menyeronokkan... betullah" Kebahagiaan Itu Syurga Hati Bila Hati Sudah Dimiliki"...Dimiliki oleh orang-orang yg tersyang... (^ ^) =)



Firaman Allah S.W.T...

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)



Kebahagiaan tidak bisa dikejar, tidak bisa dicari, tidak bisa dimiliki untuk diri sendiri, tidak bisa dihabiskan, tidak bisa rusak dan tidak bisa dibeli.

Kebahagiaan adalah pengalaman spiritual dari menikmati setiap detik kehidupan kita dengan penuh rasa cinta, rasa syukur dan terima kasih, serta pengabdian kepada Tuhan yang Menciptakan kita.


~ Denis Waitley ~


All that we are is the result of what we have thought .... If a man speaks or acts with an evil thought, pain follows him.... If a man speaks or acts with a pure thought, happiness follows him, like a shadow that never leaves him.


Apa yang kita alami sebenarnya adalah akibat dari buah pikiran kita sendiri. Bila seseorang berbicara atau bertindak dengan pikiran atau niat yang buruk, maka kesedihanlah yang akan mengikutinya. Sementara bila seseorang berkata-kata atau berbuat dengan pikiran atau niat yang baik, murni, maka kebahagiaan akan mengikutinya, seperti bayangan yang tidak akan pernah meninggalkannya.

~ B uddha ~


Happiness depends upon ourselves.


Kebahagiaan tergantung pada diri kita sendiri.

~ A ristotle 384 - 322 BC ~


You must be happy now to bring happiness into your life through the law of attraction. It's a simple formula. Happiness attracts happiness.


Dengan Law of Attraction, Anda harus merasa bahagia lebih dahulu sekarang juga untuk bisa menarik kebahagiaan lebih banyak ke dalam hidup Anda. Rumusnya sederhana sekali. Kebahagiaan menarik lebih banyak kebahagiaan lagi.

~ T he Secret: Daily Teachings ~



It is not what happens to you, but how you react to it that matters.


Bukanlah yang terjadi pada Anda yang penting dan menentukan apakah Anda bisa bahagia atau tidak, tetapi reaksi Anda terhadap kejadian itulah yang penting.

~ E pictetus, c. AD 55 - c. 135 ~


"Think of all the beauty still left around you and be happy.


Pikirkan semua hal indah yang masih ada di sekitarmu. Dan berbahagialah.


~ A nne Frank ~


"If you want to be happy, set a goal that commands your thought, liberates your energy, and inspires your hope"


Bila Anda ingin merasa bahagia, tentukanlah sebuah tujuan (pencapaian) yang bisa mengatur pikiran Anda, membebaskan energi Anda untuk bertindak mencapainya, serta menginspirasi Anda dengan sebuah harapan.

~ A ndrew Carnegie ~



Joy is not in things; it is in us.


Kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan tidak ada pada barang-barang yang kita punya. Ia ada di dalam diri kita.

~ W ilhelm Richard Wagner ~


Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.


Kesuksesan bukanlah kunci dari kebahagiaan. Sebaliknya kebahagiaan adalah kunci dari kesuksesan. Bila kau menyukai apa yang kau lakukan dan merasa bahagia melakukannya, maka kau pasti sukses.

~ B ob Dylan ~



Happiness is an inside job.


Kebahagiaan adalah pekerjaan internal, dia dilakukan di dalam diri kita.

~ J oseph Campbell ~


I am still determined to be cheerful and happy, in whatever situation I may be; for I have also learned from experience that the greater part of our happiness or misery depends upon our dispositions, and not upon our circumstances.


Saya telah bertekat untuk bahagia dan ceria di segala suasana. karena saya telah belajar dari pengalaman bahwa kebahagiaan atau kesedihan kita, sebagian besar ditentukan oleh sikap kita sendiri dan bukan oleh situasi atau kondisi yang terjadi.

~ M artha Washington, 1732 - 1802 ~

Kenapa Dan Mengapa saya cuba ketengahkan mutiara kata dari pelbagai latar belakang individu atau kepercayaan agama tentang kebahagiaan? As a Muslim, kita boleh menilai dan menginsafi semahunya tentang hakikat bahagia...Kita semua adalah mempunyai fitrah iaitu inginkan kebahagiaan didalam hidup ini...
Secara halusnya,tujuan semuanya adalah sama...Tapi akhirnya yang membezakan adalah Cara yang digunakan...perhatikanlah...


Mengikut definisi dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, bahagia membawa maksud: “suasana senang dan aman, aman damai, serta gembira”.

Hakikat yang mesti diIMANI sebagai muslim yang meyakini jauh sekali meragui sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya:

“Empat (4) perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, 1 – Isteri yang solehah, 2 – Rumah yang luas, 3 – Jiran tetangga yang soleh (baik), dan 4 – Kenderaan yang selesa.

Dan empat (4) perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah:

1 - Isteri yang buruk akhlaknya, 2 – Jiran tetangga yang jahat, 3 - Kenderaan yang buruk, dan 4 – rumah yang sempit (tidak selesa).”

(Hadis Diriwayat Ibnu Hibban. Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiyallahu ‘anhu, dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth di dalam Sahih Ibn Hibban. Juga dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadits ash-Shahihah)...





Hakikat Bahagia...

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.