-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)





"Ummi...Abah nok gi Usroh", gemersik ketenangan kedengaran dari suara seorang anak meminta izin dan memberitahu Ummi dan Abahnya untuk mengikuti Usrah yang sudah menjadi kelaziman & sinonim bagi abang-abang & kakak2nya didalam rumah itu...saban minggu pendekatan usrah menjadi pemguat jiwa & bekalan hati utk meneruskan sunnah agung membina peribadi Soleh & musleh yg ideal utk meneruskan kerja-kerja mulia & barakah yg ditinggal ar-rasul dan sahabat bertahun2 lamanya...hakikat yang perlu disedari dan dirasai,bukan sahaja didalam rumah itu,malah diseluruh alam, didalam bait Muslim pasti ada pendekatan usrah pada hari itu,tarikh itu,saat itu...sungguh luar biasa aura Usrah,itulah harta pusaka peninggalan ar-rasul..."pergilah, jgn lupa kirim salam Abah & Ummi pada pada naqib"...anak itu tersenyum bahagia dan Syukur kerana taqdir allah memberi faham kapada Aabah & Umminya utk membenarkan dan menyuruh anaknya macari ilmu...anak itu teringat akan kata-kata Ummi & abahnya sutau ketika dahulu..."tidak ada apa yang Ummi dan Abah boleh berikan kpd kamu semua adik beradik,kami tidak berpelajaran tinggi,Ummi tak mahu anak-anak Ummi jahil tentang ilmu agama...jadilah manusia berguna kdp agama dan masyarakat" kata Ummmi.."jadilah insan mulia dan disanjung kerana tingginya ilmu didada,berhidup dgn akhlak yang mulia &menjadi orang yang taat pada agama"..."cukuplah itu bagi kami,kami tidk ingin lebih dari itu,biarlah kebaikan anak-anak Ummi & abah akan akan menutup kesengsaraan dan menghilangkan kelelahan Ummi & abah mendidik kamu adik-beradik"..."biarlah semua itu akan mengharumkan nama Ummi & abah didalam masyarakat..."paling bahagia pada Ummi dan abah,utk kami merasa tenteram dan bahagia setalah kami pergi"...itulah yg Ummi & abah inginkan,bekalan dari anak-anak Ummi & abah yang tidak putus2..."segala dukacita dan sengsara sebelum ini,biarlah ia menjadi sejarah yang akan mendewasakan anak-anak Ummi & abah...kita tidak pernah terlintas dan meminta ia berlaku,tp ilmu allah menjangkau pengetahuan kita...kita mesti terima dgn penuh keredhaan yang tidak berbelah bagi"...dihadapan kita mungkin ada taman bahagia yang allah mahu anugerahkan kpada kita...sabarlah dan yaqinilah akan ketibaan saat itu... anak itu,mula menahan sebak dan mengekang airmata dr melimpah dr kelopak matanya...dalam hatinya ia berdoa memohon kpd allah supaya sempat membahagiakan Ummi & abahnya walaupun sempat untuk seketika...Tatkala itu juga anak itu teringat akan akan suara hati abahnya pernah memberitahunya ketika sedang bersembang diruang tamu rumah sebelum ke usrah malam itu..."Bagi abah,binalah masa depan kamu adik-beradik dgn menjadi orang sanjungan masyarakat bukan kerana kayanya atau tinggi dan hebatnya pendidikannya,malahan lebih dari itu...iaitu dgn adan Iman & taqwa yang mengayuh kamu kearah tujuan yang lurus dan betul...Abah & Ummu tidak lama,mungkin kami tidak sempat melihat saat itu...tapi kami cukup bahagia jika meninggalkan kamu adik-beradik dlm keadaan hidup kamu orang yang berjaya dunia dan akhirat...kerana itulah Abah berusaha menghantarkan anak-anak abah ke sekolah agama,agar kamu adik beradik tidak jadi seperti kami yang tidak berpeluang belajar disekolah yang baik kerana kedhaifan keluarga atuk & nenek...Abah & Ummi tidak mahu kamu adik-beradik menjadi seperti kami...cukuplah apa yang kami rasai, tidak akan anak-anak Abah dan Ummi rasai..."ingatlah Along,angah dan adik2 yang lain..."Hidup kita biarlah berbudi pekerti yg Mulia agar orang senang dgn kita,berhiduplah kita dgn nyawa yang berkat dgn menjadikan Al-Quran & sunnah sgb panduan moga allah sayangi kita,beribadahlah dgn bersungguh kerana itu adalah bekalan,suatu persiapan utk perjalanan disana yang tidak tahu untung nasibnya"...itulah harta yang orang tidak pernah bersungguh mencarinya...

'Syukur sungguh ya allah dikurniakan keluarga sebegini rupa",cetus hati si anak itu...terkadang terimbau kembali saat bahagia tatkala jika semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama...macam-macam ragam anak-anak Ummi dan Abah...ada yang suka mengampu Abah...tak kurang juga yang suka menyakat ummi...geli hati melihat seribu macam kerenah along & adik2 yang lain...tapi apa yang paling menariknya, jika bila tiba masa makan sume anak-anak Ummi duduk keliling Ummi...nasib baik abah terkecuali...apa lagi sume orang buka mulut suruh suruh Ummi suapkan...berebut kami semua...Ummi hanya gelak kecil melihat te;atah nakal anak-anaknya...kali tidak ada bias...siapa cepat di dapat...tapi anak itu pasti dapat dulu,sebab Ummi mesti Dahulukan anak Itu...semua adik-adik yang lain jelous...apalagi menunjuk-nunjuklah anak-anak itu pada adik-beradik yang lain...kelakar pulak kadang-kadang...hilang pulak ketegasan pada diri...jadi macam anak-anak kecil yang nakal pulak rasanya...getus hati manja anak itu...kata Ummi..."Angah anak lelaki yang paling dewasa dan matang,nanti kena banyak bantu Abah,ringankan beban Abah,kena jaga Along dan adik2 yang lain...Angah besar tanggungjawabnya pada keluarga...Angah tempat Abah dan Ummi minta pandangan ketika Ummi dan Abah kebuntuan,angahlah tempat bahu Ummi dan abah menitiskan airmata dan berkongsi rasa hati,angahlah tempat along dan adik-adik yang lain bergantung harap utk menguruskan kehidupan... itulah akat Ummi dan pesanan Ummi kpd kami semua... kekadang bila saja kami semua berkumpul akan minta ummi ceritakan cerita-cerita zaman muda ummi,cerita2 atuk & nenek,dan macam2 lagi...ummi kalu cerita mesti seronok,pandai buat nakal membuat kami semua gelak macam nak pecah perut...itulah kelebihan seorang ibu...teringat pulak cerita orang asli dengan harimau,Gajah dgn orang yang suka bercakap besar,kisah-kisah orang mati dibunuh dan banyk lagi...paling geli hati bila ummi bercerita tentang kenakalan kami semasa kecil...ada yang suka merajuk dan menangis,ada pula yang sangat degil,ada pula yang kalau saja berlari mesti terhantu dgn mana2...semua kami gelak...paling malu dgn adik2 yang bila bercerita ketika masih kecil,mesti adik2 & along perli si anak tadi...Ummi mesti tersenyum melihat angah...

Sebenarnya, kadang membuat anak-anak itu berfikir,apa yang ada pada keluarga ini...hingga ummi,abah dan adik2 terjaga tingkah laku...satu yang anak itu terlihat didalam diri keluarga itu dalah, hati yang lembut bila bersebab dgn agama allah dan sensitif dgn orang yang sgt2 memerlukan...nak2 ummi dan abah mesti bnyk menolong...mungkin hati itulah yang along dan adik2 dapat pelajarinya secara langsung...walaupun demikian,keluarga kami pun ada kekurangannya kerana kami semua juga insan biasa...tak semua yang kami impikan jd kenyataan...getus hati kecil anak itu... apa yang anak itu terfikir adalah, ummi dan abah memang sensitif pada kami dr sudut agama..ummi dan abah mesti peka tentang perkara itu...sebab itulah kami bila kami nak pergi usraoh,hati ummi dan abah sangat gembira walaupun tidak memahami dgn jelas apakah sebenarnya USRAH...

Oleh itu,anak itu mula terkenang dikawasan rumah flat tempat sewanya...ramai anak-anak hilang arah tujunya...mereka hidup semata2 utuk hidup bukan hidup untuk memahami kehidupan mengikut ajaran nabi...kadang-kadang anak itu berfikir adakah salah anank-anak ini? ataukah salah ibu bapa yang mendidiknya..seusia 8@9 tahun anak-anak mereka dah mula rapat dgn rokok...hidup mereka tidak terurus dr sudut agama...hidup tanpa syriat yang betul...ketika anak itu bermain takraw dikawasan perumahan itu,nak itu bersembang dgn kanak-kanak disitu...bersembang dgn tujuan mencari punca masalah dan matlamat hidup mereka...sungguh, tersedu apabila mendengar cerita-cerita dr mereka...usaha-usaha murni dan penjernihan perlu dibuat utk mereka...kadang-kadang anak itu tidak tahu pihak mana yang perlu disalahkan...Kehidupan ibubapanya yang tidak terarah...bapanya dgn bermain haji dikedai kopi,ibunya yang keluar rumah dgn tidak menutup aurat...dan bermacam-macam lagi...adakah mereka jahil tentang agama? adakah mereka tidak ingin mencari perubhan dan ketenangan dalam hidup... anak itu teringat seorang sahabat bertanya kpdnya"syeikh,ada disebuah kampung tinggal sebuah keluarga...anak-anaknya hidup tidak menentu...baru-baru ini ayah mereka meninggal dunia, tp kawan anak itu tak ingin menceritakan kburukan individu yang meninggal itu, tapi apa yang cuba kawan anak itu bangkitkan,apakah yang akan terjadi dgn ayah mereka dan anak2 mereka? adakah mereka akan kekal begitu hingga generasi seterusnya...adilkah bagi mereka? satu jer jawapan yang anak itu berikan"itulah tugas penda'wah"...kita yang telah diberikan kefahaman mestilah menyampaikan kpd mereka...jika tidak kta akan dipertanggungjawabkan...jikalah orang itu berubah dgn izin allah dan kita yang menjadi asbab dgn perubahan pada diri orang tadi, bayangkan mungkin dgn izin allah satu generasi akan manjadi soleh dan musleh... kita pasti bahagia yang melihatnya apatah lagi oarang yang merasa...tp kita hanya merasai perasaan itu setelah apa yang naqib kita sebelum ini mentarbiah kita hingga kita seperti hari ini dgn izin allah...bayangkanlah jika semua manusia tersentuh dgn usaha da'wah kita yang benar2 bersungguh2 dan ikhlas...

anak itu sebolehnya ingin lagi mendengar disetiap rumah2 diatas muka bumi allah ini dgn gemersik syahdu keizinan"Ummi...abah...nak pergi Usrah"...mungkin dalam pelbagai bahasa yang berlainan...subhanalllah...

p/s:Usrah adalah asas pembinaan Ummah kesejahtraan alam

0 comments:

Post a Comment

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.