-- Naluri Nurani Mujahid --

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU (T_T)


Naluri Hati dan Impian mengenai pernikahan dan percintaan..

Suatu pernikahan itu menyingkap tabir rahsia... Suatu Pernikahan itu juga memberi kesan yg mendalam bagi pasangan yang berkahwin juga bg insan yang memikirkan ibrah disebalik sesebuah pernikahan itu... aku adalah termasuk didalam golongan insan yang memerhati dan cuba memahami erti pernikahan menurutku...

Bagiku...
Suatu pernikahan itu sungguh menginsafkan dan menyedarkan kita. Betapa perlunya Iman & Taqwa dalam mengisi & meniti kesabaran dan keredhaan. seterusnya ia menuntut & memaut seseorang hamba itu utk terus mentaati dan meyakini kan ketentuan RABBNYA... Sungguh Hebat dan Mulia insan TABAH...

Bagiku lagi...
Aku amat yaqin tentang suatu perkara "sungguh , antara perkara yang sangat sukar didalam dunia ini adalah utk membuat suatu keputusan"... fahamilah frasa ini dengan teliti dan halus...dgn pandangan naluri yang disaluti taqwa dan iman itu...

Sedari itu, hujung jariku begitu galak dan pantas melakarkan gambaran kefahaman minda & Ruh naluri insani yang menyedari hakikat fitrah insani yang amat mentaati penciptanya dan menginsafi dosa-dosa lalu...

Kenapa & Mengapa Soal Iman & taqwa perlu dalam meniti Kesabaran & keredhaan. Apakah erti Kesabaran & keredhaan menurutku?... persoalan iman & taqwa adalah persoalan mengenai kefahaman tentang i'tikad@ akidah... suatu perkara yang asas yang wajib... Manakala mengenai Kesabaran dan Keredhaan adalah implikasi dari iman &b taqwa...
Justeru itu, ruhiku cuba merungkaikan apakan erti kesabaran yang dimaksudkan...

Bagiku...
kesabaran itu, ia mengasingkan/membezakan (tamayyuz) antara individu bertaqwa dgn individu biasa. Betapa kesabaran itu, menuntun & menjaga hatinya dan cintanya utk dilafazkan dan dikongsikan buat insan halal dan layak utk menerima lafaz dan perkongsian suci itu. Betapa dirinya terus bersabar megah dengan pendirian yang terpatri setelah sekian lama. Dan ia terus menempuh mehnah dan ujian yang datang silih berganti yang cuba diheret dan diasuh oleh dunia. Kesabaran itu terkadang teruji, seketika cuba dipecahkan, kerap kali cuba dirobohkan dgn perhiasan duniawi yang memukau, ternyata sungguh menggerunkan, tatkala itu, hidayah dan petunjukmu hadir ketika kesamaran utk mengukuhkan pendirian... terus membisikkan ketenangan dan kebahagian supaya memiliki insan istimewa ciptaanmu yang mulia akhlak peribadinya, lagi disanjungi ketulusan perjuangannya utk deennya...kapan tibanya dan waktunya? ia memerlukan kesabaran...sabar dan terus bersabar. Betapa agungnya engkau ya Allah, mengingatkanku akan betapa tabahnya siti hajar & Asiyah, betapa mulianya siti Khadijah dan 'Aisyah, betapa tingginya peribadi Asmaa' dan Nusaibah... inilah kesabaran naluri Mujahid untuk terus mananti yang selayak buatnya...

Bagiku...
keredhaan itu, terus menggunung dgn memuncak dgn insan pilihanmu yang telah ditaqdirkan buatku...tatkala itu, nilaian agama & perjuangan mendahului dan menempati tempat teratas dalam pilihanku mengatasi segala-galanya...bukankah keredhaan yang dicari...bukankah istiqomah yg sangat2 diperlukan? ...sedari itu, "naluri tercipta buat insan yang Mengharap redha tuhannya"

Percintaan menurut naluriku...
aku amat meyakininya akan keajaiban dan keanehan percintahan yang Luar Biasa setelah pernikahan...kenapa begitu? menurutku, barakah dan rahmah yang diimpahi oleh allah sungguh ternyata adalah buat pasangan yang mentaati perintahnya dan amat takuti utk melanggar perintahnya...banyak kali aku melihat, betapa girang dan bahagia pasangan itu hingga tidak terkata tatkala lafaz nikah disahkan...begitu besar dan bererti buat nereka...itulah "Erti Hidup Utk Mensyukuri"...aku amat meyakini akan kebahagian buat mereka...

Itulah Tentang Pernikahan & Percintaan Menurutku...

-- masih meniti hari menanti jodoh Kurinianmu
p/s: "Erti Hidup utk Mensyukuri"

0 comments:

Post a Comment

Nikah MengHALALkannya...

Ingatan KeinsafanKU

Ingatan KeinsafanKU

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Keluarga Da'wah

Keluarga Da'wah

Maratib Amal

Maratib Amal

About this blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kpd Allah dpt mengizinkan Blog ini dilancar dan digunakan sebaik mungkin dgn bantuan Ikhwah...

Pertamanya tujuan blog ini dilancarkan adalah utk Tujuan Da'wah Yang mengikuti arus zaman, Semoga allah terima niat ikhlas ini...Juga adalah utk cuba belajar meningkatkan prestasi Diri agar terus termotivasi dan bersemangat utk teruskan 'amal qawiy ini(moga terus thabat)...Selain itu dapat menambahkah Tsaqafah padi diri juga buat santapan dan Qudwah Buat Pewaris "naluri Nurani Mujahid"... Moga Tiadak Jemu meneruskan usaha-usaha Da'wah hinga ke akhirnya dgn kefahaman yang jelas dan soleh... Wallahu 'alam... Terimalah Dariku Ya Allah..."ERTI HIDUP UTK MENSYUKURI"...

Teman seperjuangan

Welcome My Brothers & Sisters

Welcome My Brothers & Sisters

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Berpeganglah Pada Quran & Sunnah Agar Tidak sesat selamanya..

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Senantiasa Ruku' & Sujud Pd Allah

Mengingati Allah Itu Dihati

Mengingati Allah Itu Dihati

Ibu Mithali

Ibu Mithali

Sentuhan Seorang Ayah

Sentuhan Seorang Ayah

kawan-kawan

  • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
  • http://akramhadi.blogspot.com
  • http://kdpetalingperkongsian.blogspot.com
  • http://k-budu.blogspot.com
  • http://karisma-uiam.blogspot.com
  • http://fatahensem.blogspot.com/

Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Nikahlah...Nikahlah...Nikahlah... (^ ^,)

Antara Semalam dan Hari Ini

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Allahumma Yansurna.. (T _ T)

Hijrah Jadikan Pengajaran

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

free hit counter

Senyumlah... :)


ShoutMix chat widget

Aku Cinta Palestine (Info Terkini)

Silakan Jalan Dulu...Sabar Dlm Kehidupan... =)

Followers

About Me

My photo
seorg yg cukup tegas. open minded dlm perkara yg tak melanggar syara'.suka berkawan dgn semau orang. aku juga insan lemah yg masih bertatih didunia,sgt bnyk kelemahan & kesilapan yg telah aku lakukan... Bapa Noor bin Dollah, Wan HAsmoh bt Wan Mahmood, Anak ke-2 drp 8org adik-beradik,Nurnadilah,Nurdiana,Nurnadia,Mohd Hafiz,Mohd Solihin,Mohd Al-Muntaqim,Mohd Yusof, Belajar di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Sek. Men. Keb. Tanah Merah(1), Matrikulasi Pulau Pinang, Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bekerja sebagai Radiographer Di PPUM. Pelajar dalam Sarjana Muda Sains (FIZIK) di USM.